#10 Cara Jual Air Tepi Jalan

Sila 'share' jika bermanfaat!

10 Cara jual air tepi jalan. Anda nak cuba buat bisnes air balang dan jual tepi jalan? Kalau ya, boleh la sangat dan dipersilakan. Yang penting tahu cara-caranya dan kena cuba

Caran-caranya adalah seperti berikut:

1) 3 meter tepi jalan

Jarakkan kanopi bisnes anda 3 meter dari tepi jalan raya. Ini adalah perkongsian beberapa peniaga jalanan lain yang saya sendiri pun tak tahu kepastiannya tetapi memang ramai peniaga tepi jalan akan buat macam ni. Hehe.

2) Jalan utama laluan keluar masuk

Anda cuba cari lokasi jalan yang menjadi laluan utama keluar masuk ke sesuatu kawasan perumahan sama ada kampung, taman perumahan, rumah flat/apartment atau lain-lain. Maknanya jalan itu adalah laluan mula-mula penduduk akan masuk untuk balik rumah masing-masing.

3) Jalan biasa bukan lebuh raya

Tujuan berniaga di jalan biasa adalah kerana kereta yang lalu lalang kebanyakkannya tak terlalu laju. Ini membuatkan pemandu sempat untuk nampak aktivi perniagaan anda dan sempat untuk berhenti kalau berminat.

Bayangkan kalau anda berniaga di tepi highway atau tepi jalan lurus yang kereta semuanya laju-laju, anda agak-agak kalau dah kapal terbang atau jet yang lalu atas jalan tu, diorang sempat nampak ke anda jual air balang? Cer jawab..

4) Jalan laluan orang balik kerja

Biasanya laluan balik kerja orang akan lebih selesa nak berhenti sebab segala masalah di tempat kerja untuk haritu diorang dah selesaikan. Kalau tak selesai pun hati diorang dah tak dek kat tempat kerja lagi sebab niatnya mesti nak sambung esok.

5) Mudah parking

Jalan yang ada ruang untuk parking sebenarnya faktor penting yang menyebabkan orang akan berhenti untuk beli air yang anda jual sebab pembeli rasa mudah! Ini salah satu strategi dan cara jual air tepi jalan yang berkesan.

6) Jalan keluar pasaraya / stesen minyak

Ini bukan laluan keluar dari dalam pasaraya ok! Tapi jalan keluar nak balik rumah selepas bershopping di pasaraya, faham ke tak tu? Hehe. Biasanya orang yang dah balik shopping di pasaraya ni dah selesaikan urusan dia tu so, adala masa nak singgah gerai air balang anda.

Di stesen minyak pula biasanya orang akan ramai dan kalau boleh cari stesen minyak yang kawasan tumpuan sikit.

7) Sebelah peniaga lain

Sebaik-baiknya anda berniaga di kawasan yang dah ada orang berniaga mungkin sorang dua pun xpe. Sebelum tu jumpala diorang dulu dan tanya apa-apa yang patut dan sampaikan hajat anda nak berniaga di sebelah diorang. Tapi jangan terlalu rapat sebelah peniaga lain. Jarak la jauh sikit.

8) Gantung banner

Gantung banner ni sangat penting sebab dia adalah imej bisnes air balang anda dan menyebabkan orang tertarik dari jauh lagi apa anda jual. Banner tu mestilah design yang cantik dan mantap sikit, tulisan jenama dan air apa yang anda jual tu pun elok ada dan bagi nampak jelas dari jauh. Orang yang tengah drive akan beri perhatian dari awal.

9) Signboard

Pasang signboard ni tengok kesesuaian dan kerajinan serta ketahanan anda. Kalau nak pasang kalau boleh 2 atau 3 KM sebelum sampai gerai air balang berniaga tu. Sepanjang tu pacak la beberapa signboard sama ada 2 atau 5 signboard atau lebih lagi. Tujuannya kalau yang berminat tu mungkin dia akan perlahan kan kenderaan lebih awal sebelum sampai ke gerai air balang anda.

10) Konsisten / istiqomah

Ini yang penting. Berniaga ni walaupun di tepi jalan anda mesti konsisten atau orang panggil istiqomah. Boleh pindah-pindah lokasi tapi kalau boleh biar untuk bulan pertama sahaja. Cari lokasi dan cuba berniaga 2 3 hari, kalau rasa tak berapa bagus jualan anda boleh cari lokasi lain dan buat benda sama sehingga jumpa yang anda rasa selesa dan jualan agak baik.

Selepas tu pastikan anda konsisten berniaga 6 bulan, setahun, dua, tiga, bertahun-tahun dan kalau boleh biar kekal sampai bila-bila. Lama-kelamaan orang akan ingat bisnes anda. Mula-mula mungkin orang sekadar lalu dan tengok je tak berhenti beli pun, tapi bila dah hari-hari duk lalu lalang situ sebulan atau setahun mungkin.. Takkan tak terniat nak berhenti beli air balang anda kot!

*Semua tips di atas adalah perkongsian dari saya berdasarkan pengalaman sendiri berniaga makanan bergoreng dan air juga pernah jadi kuli jual buah di tepi jalan. Selain itu cara ini juga berdasarkan pengalaman beberapa orang peniaga jalanan yang lain. Lain orang mungkin lain caranya dan kalau anda ada idea lain boleh juga cuba buat dengan cara jual air tepi jalan yang tersendiri.

Good luck!

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*