11 Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Rasa Tekanan Ekonomi

Sila 'share' jika bermanfaat!

Perbelanjaan dan kos sara hidup sekarang yang semakin tinggi membuatkan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat rasa hidup mereka semakin mencabar dan ada kalanya rasa tertekan.

Bagi yang makan gaji jika ada kenaikan pun ia seolah-olah tak mampu untuk menampung kenaikan kos sara hidup dan perbelanjaan tersebut apatah lagi kalau yang gajinya memang rendah. Itu tak cerita lagi risiko mereka yang kerja sendiri apatah lagi yang tak ada kerja langsung.

Ditambah pula ada individu dalam kelompok ni mengamalkan perbelanjaan gaya hidup suka berhutang dalam perbelanjaan untuk semua perkara. Bukan tak boleh berhutang tetapi berhutang itu biarlah berpada-pada dan ukur baju pada badan sendiri serta biarlah mengikut keperluan sahaja.

Takkan lah nak beli meja makan atau sofa yang berharga RM399 pun nak berhutang? Betul, tak dinafikan ada yang tak mampu beli tunai sebab gaji rendah. Tapi kita boleh simpan dulu sikit-sikit dari gaji tersebut dan beli secara tunai bila dah cukup nanti.

Kalau simpan RM100 sebulan, dalam masa empat bulan insyaAllah dah boleh beli secara tunai. Yang penting kena ada disiplin dan konsisten serta sabar tunggu empat bulan tu.

Bagi anda yang berada dalam keadaan di atas, saya ada beberapa cadangan yang perlu anda lakukan segera iaitu;M

1. Menyimpan / menabung

Anda perlu MULA buat simpanan sekarang. Bermula dengan gaji atau pendapatan bulan ini! Simpanlah walaupun sedikit. Keluarkan sedikit simpanan daripada pendapatan bersih anda tu mengikut kemampuan. Terbaik simpanan ialah 30% atau 10% dari pendapatan anda.

Walaupun anda hanya mampu menyimpan RM5 atau RM1sebulan, itu lebih baik daripada tak ada simpanan langsung. Faham?

2. Melabur dari simpanan

Ini bukan melabur cara besar-besaran ye. Ini pelaburan tahap orang biasa-biasa dan paling sikit simpanannya. Simpanan yang nombor 1 kat atas tu anda jangan simpan di bank tetapi simpan di dalam ‘unit trus’ seperti Tabung Haji, ASB, Public Mutual Islamic dan lain-lain tetapi yang mudahnya Tabung Haji atau ASB je. ASB pula banyak ejennya termasuk di pejabat pos boleh.

Simpan dengan cara ini anda boleh dapat dividen setiap tahun. Ada yang tinggi dan ada yang rendah mengikut perubahan kadar dividen tahunan. Maknanya duit simpanan anda tu akan bertambah dari simpanan asal. Walaupun sikit takpe, sebab dia bertambah bukan anda yang tambah. Faham?

Contohnya pada tahun 2016 kadar dividen ASB ialah 6.75% (tak termasuk bonus).

Jom kita tengok contoh orang yang buat simpanan RM10 sebulan pada tahun 2016.

RM10 x 12 bulan = RM120 (setahun)

Dividen ASB 6.75% = RM120 x 6.75% = RM8.10 (Dividen/ keuntungan)

Maknanya dia dapat juga tambahan RM8.10 dari simpanan RM120 tu. Kira bertambahla tu. Walaupun dapat RM8.10 tapi yang penting dapat juga! Daripada takdek langsung, kan? Kalau nak tunggu duit banyak baru nak mula menyimpan, bila duit banyak?

3. Jangan tambah hutang

Berhentilah daripada menambah hutang. Hutang bukan hanya berhutang pinjam duit dari orang lain tetapi termasuklah membeli sesuatu dengan cara berhutang sama ada sofa, meja makan, smartphone, aircorn rumah, kereta, moto dan lain-lain sama ada menggunakan kad kredit dan sebagainya. Ini hanya cadangan dan bagi yang yang mampu buat je ok.. Yang tak mampu buat tu anda hanya perlu kawal atau kurangkan berhutang.

4. Belanja ikut kemampuan

Belanja dan amalkan gaya hidup mengikut kemampuan diri sendiri jangan mengikut nafsu sendiri. Contohnya pakailah kereta lama walaupun tak cantik tapi yang penting masih elok dan boleh bawa ke mana-mana. Jangan nak kereta baru sama macam orang lain yang lebih mampu ataupun kita nak perabot dan hiasan dalam rumah sama macam jiran sebelah yang lebih mampu.

Kita beli mengikut kemampuan dan keperluan dulu jangan ikut nafsu. Nanti ada rezeki lebih boleh je beli, jangan risau, jangan susah hati dan jangan dengki tengok orang lain yang senang dan mampu.

5. Pendapatan tambahan (Side Incorm)

Cuba cari pendapatan tambahan dengan kerja sambilan di luar waktu kerja hakiki anda atau buat bisnes sambilan secara ‘online’ atau ‘offline’. Bagi yang ada bakat atau kelebihan dalam sesuatu bidang dah boleh mula buat bisnes part time. Contonhya yang pandai masak boleh jual makanan pada waktu luar kerja tak kisahla siang ke malam.

Boleh juga pasarkan produk masing secara online. Sekarang ni ada je orang jual nasi lemak pun secara online. Jual kat fesbuk, jual kat IG dan lain-lain. Yang penting kena keluar modal dan berani tanggung risiko. Itu normal. Kalau tak tahu kena belajar.

  • Siapa yang nak belajar cara bisnes di Shopee secara part time, boleh dapatkan caranya di sini Panduan Bisnes di Shopee

Kalau tak ada modal sangat boleh buat bisnes online dan jual produk orang lain je dulu dengan cara jadi ejen ‘dropship’ atau ejen ‘affiliate’ sama ada produk fizikal atau produk online seperti eBook. Kita hanya promosikan produk orang lain je dan kalau ada rezeki orang beli, kita akan dapat komisen. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak! InsyaAllah.

Kalau ada modal lebih sikit nak buat bisnes part time anda boleh cuba jual barang borong dari China, buat je sebab permintaan produk dari China sekarang ni memang tinggi tapi modalnya rendah. Ada yang kata kos tinggi bisnes ni sebab nak pergi China.

Tak lah, sekarang mudah! Dah boleh beli atau borong barang dari China tanpa pergi China pun ok.. Hanya online! Macam beli kat Lazada je. Panduannya ada di sini Panduan Beli Atau Import Barang Dari China Secara Online

6. Usaha

Kita perlu berusaha untuk tingkatkan pendapatan dan kesenangan diri sendiri dan keluarga. Ada usaha yang perlukan keluar duit, tenaga, idea dan sebagainya yang penting kita perlu ada usaha.

7. Syukur

Syukur ni penting tak kisah la dalam apa keadaan sekali pun sama ada ketika susah atau ketika senang. Bersyukur seadaanya sambil kita berusaha untuk perbaiki kewangan dan kehidupan.

8. Doa

Walaupun ramai tahu berdoa ni penting tapi ramai juga yang malas nak berdoa. Rajin-rajinkanlah berdoa minta dari Allah apa yang kita nak. Jangan berhenti berdoa sampai bila-bila.

9. Sabar

Dan dalam semua benda yang kita buat termasuk doa tadi kita kena kuat kesabaran. Sabar menunggu hasil yang baik. Sabar menerima dan menghadapi hasil yang tak berapa baik dan sabar dalam usaha untuk mengubah hidup kita jadi lebih baik. Sabar ni kadang-kadang hasilnya datang cepat dan ada masanya hasil baiknya tu datang selepas 20 atau 40 tahun. Kenapa, tak percaya?

10. Solat

Sebagai umat Islam, solat itu penting. Jangan tinggal solat. Kalau yang selama ni jenis tak solat atau jenis culas perlu berubah sekarang! Latihla diri slow-slow untuk solat insyaAllah lama-lama akan jadi biasa. Solat yang pernah tinggal dulu ganti sedikit demi sedikit.

11. Tawakkal

Akhir sekali kita perlu bertawakkal iaitu berserah diri kepada Allah. Bukan bermaksud serah diri tanpa kita usaha tetapi kita berserah diri sebelum dan setelah kita berusaha. Maknanya terserah kepada Allah Dia nak bagi ke tak apa yang kita minta dan usaha sebab semuanya milik Allah dan terimalah seadanya apa yang Allah dah bagi.

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*