22 Fakta Menarik Tentang Al-Quran Yang Ramai Tidak Tahu

Sila 'share' jika bermanfaat!

Al-Quran adalah kitab suci yang menjadi pegangan dan petunjuk bagi umat Islam di seluruh dunia. Di dalam al-Quran ada ayat-ayat suruhan (perkara yang diperintah oleh Allah) dan juga ayat-ayat larangan (perkara yang dilarang oleh Allah).

Suruhan dan larangan Allah di dalam al-Quran bukan sahaja disampaikan dengan ayat secara direct iaitu secara terus tetapi ada juga yang disampaikan melalui kiasan atau perumpamaan, kisah-kisah atau cerita tentang Nabi serta umat terdahulu seperti kisah Nabi Musa, Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan lain-lain.

Selain itu, Allah juga memaklumkan kepada manusia tentang wujudnya makhluk atau perkara-perkara ghaib iaitu sesuatu yang manusia tidak nampak zahirnya dengan mata tetapi umat Islam wajib mempercayainya. Antara perkara ghaib tersebut ialah syurga, neraka, malaikat, iblis syaitan, jin, dosa, pahala dan pelbagai lagi. Semua yang ada di dalam al-Quran itu, umat Islam wajib atau mesti mempercayainya tanpa sebarang alasan dan syak sebagai membuktikan keimanan kepada Allah swt.

Allah swt sendiri memberi keyakinan kepada manusia supaya betul-betul yakin dengan keseluruhan isi al-Quran melalui surah al-Baqarah, ayat 2 yang bermaksud;

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”

 

 

Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu cuba sedaya untuk belajar membaca al-Quran, memahami serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian secara istiqomah atau konsisten.

Bagaimana cara untuk kita jadi minat belajar al-Quran?

Salah satu caranya ialah dengan mengenal al-Quran itu sendiri atau mengambil tahu perkara-perkara menarik yang ada pada al-Quran itu supaya kita rasa ingin tahu lebih lanjut dan membuatkan kita akan belajar.

Berikut adalah 22 fakta menarik tentang al-quran yang ramai tidak tahu;

  1. Jumlah ayat di dalam al-Quran ialah 6236 (mengikut Ibn Abbas)
  2. Jumlah juz al-Quran adalah sebanyak 30 juz
  3. Jumlah surah di dalam al-Quran adalah sebanyak 114
  4. Jumlah ayat Basmallah dalam al-Quran adalah sebanyak 114
  5. Surah yang mempunyai dua Basmallah di dalamnya ialah surah an-Naml
  6. Surah yang tidak dimulakan dengan Basmallah ialah surah at-Taubah
  7. Surah pertama di dalam al-Quran ialah surah al-Fatihah
  8. Surah terakhir di dalam al-Quran ialah surah an-Nas
  9. Wahyu pertama yang diturunkan adalah awal surah al-‘Alaq
  10. Surah lengkap pertama yang diturunkan ialah surah al-muddasthir
  11. Wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 surah al-Baqarah
  12. Surah lengkap terakhir yang diturunkan ialah surah an-Nasr (mengikut Ibn Abbas)
  13. Surah terpanjang dalam al-Quran ialah surah al-Baqarah
  14. Surah terpendek dalam al-Quran ialah surah al-Kauthar
  15. Ayat terpanjang dalam al-Quran adalah ayat 282 surah al-Baqarah
  16. Ayat terpendek dalam al-Quran adalah ayat 1 surah al-Fajr
  17. Ayat sajadah dalam al-Quran ada sebanyak 14
  18. Surah yang mempunyai dua ayat sajadah adalah surah al-Haj
  19. Surah pertama yang mengandungi ayat sajadah ialah ialah surah al-A’raf
  20. Surah terakhir yang mengandungi ayat Isjadah ialah surah al-‘Alaq
  21. Surah yang terletak dipertengahan al-Quran ialah surah al-Kahfi
  22. Bilangan muka surat al-Quran adalah sebanyak 60

Semoga bermanfaat ye kawan!

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*