#3 cara menghadapi persaingan dalam perniagaan air balang

Sila 'share' jika bermanfaat!
CARA BISNES AIR BALANG (2)

3 cara menghadapi persaingan dalam perniagaan air balang. Dalam bisnes pasti ada persaingan kecuali produk anda adalah produk baru. Sebut persaingan dalam bisnes ni, bisnes jual air balang juga tak terlepas daripada persaingan malah, sekarang semakin ramai orang jual air balang.

Tapi bila semakin ramai orang jual produk yang sama dengan kita, tak bermaksud produk kita tak akan laku dan kita perlu tukar jual produk lain. Jangan tukar-tukar jual produk lain dalam masa yang singkat ok!

Caranya cubalah anda hadap jer persaingan itu dengan beberapa cara yang positif. Benda boleh hadap buat apa nak lari! 🙂

3 cara menghadapi persaingan dalam perniagaan air balang ialah:

#1- Cari perbezaan

Cuba lihat pesaing anda dan cari perbezaan yang boleh anda ketengahkan pada produk anda. Contohnya jika anda jual air balang, mungkin ramai orang jual air balang tak ada persembahan yang menarik, tak ada stiker pada balang, tak ada banner dan bunting, tak ada alas meja dan lain-lain lagi.

Kalau ada semua tu, cuba anda fikirkan pula macam mana nak bagi lain daripada persembahan pesaing anda tersebut.

Katakan pesaing anda jual air balang memang menarik persembahannya, rasa sedap dan nampak ‘tip top’. Anda kena perah otak juga cari macam mana nak bagi lain dari dia..

Pesanan Steve Jobs:

“You don’t look at your competitor and think how to be better. You look at your competitor and think how to be different”

Maksudnya lebih kurang begini:

Cari kelainan dan perbezaan antara anda dan pesaing anda. Apabila anda boleh membezakan perniagaan anda dengan pesaing anda, maka, sebenarnya anda tidak bersaing tetapi anda telah menjadi berbeza!

Contoh cadangan saya boleh bagi ialah;

  • Design stiker, banner, bunting dan lain-lain alat promosi dengan menarik biar nampak  profesional walaupun anda hanya berniaga air balang di tepi jalan sahaja. Itu dah nampak perbezaan.
  • Cari perbezaan pada cup, straw atau plastik bungkus. Cuba dapatkan straw corak lain dari yang lain. Cari yang warna menarik atau ada belang-belang atau guna straw ‘kertas’. Cuba dapatkan cup yang bentuk lain sikit (kalau ada) atau cuba cari plastik bungkus yang berbeza.
  • Buat promosi diskaun. Contohnya jika beli 6 kali pembeli dapat free 1 gelas air. Anda boleh buat dan cetak kad diskaun tersebut dan berikan kepada pelanggan anda kali pertama dia datang. Selepas beli anda cop pada kad tersebut. Apabila pelanggan anda datang kali kedua bawa kad tersebut, anda cop untuk kali kedua. Selepas kali keenam kad tersebut anda cop, anda boleh bagi percuma 1 gelas kepada pelanggan.
  • Dan lain-lain idea yang anda fikirkan baik.

Cara menghadapi persaingan dalam perniagaan air balang ini juga anda mesti terus lakukan dengan ‘istiqomah’ atau ‘konsisten’.

#2. Bina jenama

Bab bina jenama ni sebenarnya ramai peniaga Melayu tak ambil berat. Penting sebenarnya bina jenama walaupun anda hanya seorang peniaga air balang jalanan. Apa, ingat jual air balang tepi jalan ni ‘low class’ ke? Hehe.

Ada beberapa langkah untuk anda bina jenama;

  • Fikir nama jenama anda. Contoh Air Balang Klebang, Air Balang Merecik, Air Balang Kaw!!, Air Balang Ibu Detty atau Air Balang Cekeboom!
  • Tapi ingat, jangan tiru atau ambil jenama orang lain, itu tak beretika dan anda boleh di saman dengan nilai berpuluh ribu ringgit jika jenama itu berdaftar dan tuannya buat laporan.
  • Bila dah dapat jenama, cuba ‘search’ di google dan facebook supaya tak ada orang lain guna lagi. Kalau ada, anda cuba fikir nama jenama lain.
  • Cari seorang pereka dan minta dia ‘design’ reka cipta logo dari jenama anda tersebut. Reka yang paling menarik dan puas hati pada pandangan anda. Minta juga logo asal dari pereka tersebut sama ada dalam format Adobe Photoshope atau Adobe Ilustrator.
  • Selepas ini, dalam apa-apa bahan promosi anda masukkan logo jenama anda tersebut seperti pada kad bisnes, banner, bunting, stiker pada balang, dalam facebook, instagram dan lain-lain.
  • Tujuannya adalah supaya pelanggan akan kenal dan ingat logo anda serta melekat dalam kepala otak dia :-). Inilah yang syarikat-syarikat besar buat. KFC, MCD, F&N dan lain-lain.

#3. Pantas bertindak dengan masalah

Jika anda menghadapi kegagalan atau kurang berjaya pada peringkat permulaan contohnya tak berapa laku, tak balik modal, tak untung, susunan perlatan dan sistem berterabur, rasa air tak berapa sedap dan tak berapa menjadi serta lain-lain masalah, pada waktu ini anda perlu PANTAS BERTINDAK cari solusi untuk SELESAIKAN masalah tersebut.

Apa sebab atau punca masalah tersebut contohnya mungkin persembahan gerai tak menarik, jenama tak berapa ‘power’, rasa air tak berapa sedap, cara anda berniaga sama macam pesaing anda dan sebgainya masalah lain.

Bila dah dapat masalah tersebut, terus bertindak dengan pantas buat pembetulan!

Ok, diharapkan perkongsian di atas dapat membantu anda yang sedang menghadapi masalah dengan pesaing dan semoga cara menghadapi persaingan dalam perniagaan air balang yang dikongsikan ini dapat membantu anda. Aamiin.

CARA BISNES AIR BALANG (2)
Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*