3 Hadiah Yang Bermanfaat Untuk Suami & Isteri

Sila 'share' jika bermanfaat!

Perkahwinan adalah sesuatu yang diimpikan oleh golongan dewasa dan masing-masing mempunyai matlamat perkahwinan yang baik sama ada untuk hidup bahagia selamanya, melahirkan generasi yang baik dan lain-lain. Sememangnya melalui perkahwinan kita boleh hidup bahagia sehingga akhir hayat walaupun akan ada ujian dan cabarannya.

Salah satu cara untuk kekalkan bahagia ialah saling hormat menghormati dan bertimbang rasa dan menyelesaikan masalah keluarga yang berlaku dengan cara yang berhikmah dan bukan mengikut emosi amarah dan bukan dengan cara yang negetif.

Masalah biasanya akan wujud dalam kehidupan berumah tangga tetapi cara menghadapi dan cara penyelesaian yang baik oleh suami isteri itu sebenarnya boleh menjadikan masalah itu sebagai perisa tambahan dalam kebahagiaan.

Pada pandangan saya, salah satu lagi cara untuk menambahkan lagi kebahagian berumah tangga ialah dengan cara memberi hadiah kepada pasangan sempena hari kelahiran, hari ulang tahun perkahwinan atau apa-apa sempena yang lain. Ada masa suami beri hadiah kepada isteri dan pada masa lain isteri pula berikan hadiah kepada suami.

Walaupun cara ini ada sesetengah pasangan berasa malu untuk lakukan tetapi percayalah, dengan memberi hadiah walaupun kecil akan menyebabkan pasangan lebih menghargai hubungan mereka. Yang penting cuba berikan hadiah pertama anda.

3 Hadiah Cadangan Yang Bermanfaat Untuk Suami dan Isteri;

1# Jam tangan

Berikan jam tangan kepada pasangan anda sebagai hadiah sama ada sempena hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan walaupun pasangan anda jenis yang tak suka pakai jam tangan kerana jam tangan itu sebenarnya sangat bermanfaat dan berguna.

Ini juga sebagai tanda masa itu amat berharga di dalam berkeluarga. Andainya pasangan anda tidak pakai dan dia hanya simpan di rumah, percayalah suatu hari apabila dia ternampak semula jam tangan tersebut pasti dia akan terharu dan teringat memori indah anda berdua.

2# Al-Quran

Jadikan al-Quran sebagai hadiah kepada pasangan anda yang sudah pandai membaca al-Quran kerana dia akan rasa sangat dihargai. Memberi hadiah mushaf al-Quran besar manfaatnya kerana insha Allah anda akan mendapat pahala kerana memberi dan akan mendapat pahala juga bila pasangan anda membacanya.

3# Al-Quran digital

Al-Quran digital sesuai dijadikan hadiah kepada pasangan anda yang mungkin tidak tahu baca al-Quran atau tergagap membaca al-Quran. Pendek cerita al-Quran digital ini sesuai untuk pasangan anda belajar membaca al-Quran atau memperbaiki bacaan sedia ada.

Besar manfaatnya hadiah ini diberikan kerana dalam tidak sedar anda telah membantu pasangan anda untuk mendapat pahala dan pahalanya akan berterusan selagi pasangan anda itu menggunakannya untuk belajar. Al-Quran digital ini juga sesuai diberikan kepada ibu bapa anda atau mertua anda.

Semoga perkongsian atau cadangan di atas dapat memberi manfaat kepada kita. Aamiin.

*Semua perkongsian di atas adalah cadangan dari sudut pandangan saya sahaja. Masing-masing mesti ada cadangan hadiah yang lain.

** Mungkin disebabkan saya berminat juga dalam bidang agama dan merupakan salah seorang ejen yang menyediakan al-Quran digital, jadi cadangan saya di atas mungkin lebih dekat di hati saya.

 

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*