#7 Cara Bisnes Air Balang Yang Jimat Kos

Sila 'share' jika bermanfaat!

Cara Bisnes Air Balang Yang Jimat Kos. Dalam memulakan bisnes air balang, perkara pertama yang menjadi masalah besar ialah modal. Orang yang banyak modal tu boleh senyum je sebab tak ada masalah langsung bagi dia.

Tapi bagaimana kalau yang nak mula bisnes air balang ni adalah dari kalangan anda yang tak banyak duit? So, cadangan saya ialah gunakan cara bisnes air balang yang jimat kos!

Apa pun masalah mesti ada jalan penyelesaiannya, jangan risau ok! Cuma nak usaha atau tak nak jer..

Jadi, macam mana caranya?

#1 Lokasi yang tak perlu sewa

Cari lokasi yang tak perlu bayar sewa. Contohnya ialah di tepi jalan, di depan sekolah, hadir program atau event yang free anjuran pihak surau, masjid atau lain-lain. Macam mana nak tahu ada event free? Yang tu anda kena rajin cari sendiri pergi bertanya, cari dalam google dan lain-lain cara yang baik.

#2 Lokasi yang sewa rendah

Kalau tak dapat lokasi yang percuma, anda boleh cari lokasi berniaga yang sewanya rendah. Biasanya tapak berniaga yang sewa rendah ialah pasar tani, pasar malam, down town / up town, surau dan masjid. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, lokasi di down town / up town ada juga yang caj mahal. Sebenarnya ikut pada penganjur.

Untuk berniaga di pasar tani atau pasar malam, anda perlu pergi ke ibu pejabat FAMA kawasan anda dan Tanya pegawai bertugas cara untuk mohon berniaga. Ataupun tengok pada papan notis di luar pejabat. Biasanya akan ada iklan lokasi yang boleh mohon untuk berniaga. Sewa yang dikenakan RM50 sehari dan mungkin berbeza mengikut negeri atau daerah.

Nak berniaga di down town / up town, anda kena ronda-ronda dan bertanya kepada peniaga otai yang sedia ada kat situ cara-cara nak mohon berniaga di sana. Biasanya ada peniaga yang baik hati akan ajar anda. Sewa di sini ada yang dapat RM10 sehari dan ada lebih mahal, tengok pada rezeki andala.

Untuk berniaga dalam program anjuran surau dan masjid, anda perlu tanya terus kepada pengurusan surau atau masjid tersebut. Boleh tengok pada papan kenyataan di masjid berkaitan program atau event yang akan dianjurkan.

Biasanya sewa untuk event di surau atau masjid ada yang mahal dan ada yang murah. Kalau event yang melibatkan gerai-gerai besar atau program kerjasama pihak surau / masjid, sewanya agak mahal.

Tapi bagi program anjuran masjid sendiri biasanya sewa agak rendah. Ada yang kenakan sewa serendah RM10 dan ada juga yang minta ikut seikhlas hati je janji duit tu masukkan dalam tabung surau / masjid.

Ya, memang ada macam tu.. Itu pengalaman saya sendiri masa berniaga beberapa tahun lepas. Alhamdulillah.

#3 Beli peralatan berniaga yang murah

Bagi menjimatkan kos berniaga air balang, sebagai permulaan anda beli peralatan berniaga yang sesuai tetapi harga yang murah. Beli je kanopi, meja dan balang air yang paling murah. Bila dah ada modal besar nanti boleh je upgread.

Tapi kena ingat, barang murah biasanya memang tak tahan lama. Tapi dapat berniaga dalam 3, 5 bulan pun jadilah sebagai permulaan anda nak tambah modal.

Lagi satu, kalau nak beli balang air yang murah pun, anda kena beli balang air bulat yang jernih juga. Bagi nampak jelas isi air apa yang anda jual. Jangan guna balang warna putih dan lain-lain warna atau balang yang ada paip orang buat letak air basuh tangan tu ok! Tak sesuai..

Kredit Gambar: En. Mizan Sulaiman

#4 Jual air satu balang / satu jenis air sahaja

Cara bisnes air balang yang jimat kos paling terbaik ialah anda mulakan dengan menjual hanya 1 jenis air dan menggunakan 1 balang sahaja. Kalau boleh jual air yang tengah hot pada masa itu. Berdasarkan pemerhatian saya, air yang hot dan ramai orang beli dalam tahun 2018 ni ialah air jagung dan mangga.

Walau bagaimana pun, anda jugs boleh cuba menjual air yang jarang orang jual untuk test market. Biasanya benda baru ni akan ada peminatnya nanti cuma, anda hanya perlu konsisten.

Cuba jual air jus yang berbeza dalam 2, 3 bulan pertama untuk test market. Contonhya, mula-mula anda jual air jus nenas selama 3 hari atau seminggu berturut-turut. Kemudian cuba jual pula air jus durian belanda, kedondong asam boi dan lain-lain yang sesuai dalam tempoh masa yang sama.

Pastikan anda rekod jualan dan perhatikan prestasi bisnes sepanjang berniaga jus yang berlainan tersebut. So, air jus mana yang anda rasa mendapat permintaan atau jualan lebih, boleh teruskan jual dan promosi air jus tersebut.

#5 Jangan ambil pekerja

Bekerja sendiri untuk permulaan, jangan ambil pekerja. Anda tauke dan anda kuli. Cara ini sebenarnya bukan sahaja menjimatkan kos, malah anda akan mendapat pengalaman sendiri dalam dunia bisnes air balang ini. Sesuai dengan menjual hanya 1 jenis air, anda seorang sebagai pekerja sudah cukup. Setelah bisnes anda dikembangkan nanti baru cari pekerja.

#6 Kreatif

Anda perlu kreatif dalam urusan promosi dan hiasan gerai jualan untuk menarik minat ramai pelanggan. Gunakan peralatan yang cantik, menarik tetapi tidak mahal.

Keluarkan sedikit modal untuk upah design dan buat banner gerai anda. Cari perkhidmatan buat banner tersebut yang rendah kos. Dengan promosi dan hiasan gerai yang cantik dan kreatif, orang akan tertarik dan pelanggan anda akan bertambah.

#7 Cari ilmu berniaga air balang

Walaupun bisnes jual air balang ni nampak mudah, kalau tak ada ilmu pasti bisnes anda tak akan ke mana. So, carilah ilmu terlebih dahulu walaupun sedikit. Untuk bisnes air balang, anda boleh tuntut ilmu dengan cara percuma dan berbayar.

Cara percuma ialah anda cari dari internet dan sebagainya. Boleh juga dengan cara bertanya kepada peniaga-peniaga air balang yang sedia ada. Itu pun kalau mereka sudi berkongsi.

Untuk dapatkan ilmu bisnes air balang yang berbayar pula, anda boleh hadir kursus berbayar sama ada dianjurkan oleh kaki tangan kerajaan atau penganjur persendirian. Biasanya kursus berbayar ni ada yang murah dan ada yang mahal. Kemungkinan bermula RM250 dan ke atas.

Selain itu, untuk ilmu bisnes air balang berbayar yang boleh jimatkan kos dan masa anda ialah, anda dapatkan ebook BisnesAirBalang.

Dalam ebook ini akan diajar cara-cara untuk anda mulakan bisnes air balang bermula dari anggaran kos permulaan, cara nak dapatkan lesen dan juga anda akan diberikan banyak resepi air jus. So, anda boleh pilih nak jual air apa.

Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulisnya iaitu En. Mizan Sulaiman yang berpengalaman dalam dunia bisnes air balang sejak tahun 2008 dan masih aktif sehingga sekarang tahun 2018.

Ebook beliau ada 2 pakej dengan harga berbeza iaitu harga RM70 & RM100. Anda boleh pilih pakej mana yang anda nak. Pada pendapat saya selepas saya beli ebook ini, ilmu yang ada dalam ebook tersebut sangat banyak dan realistik.

Dengan harga tersebut lebih baik dan berbaloi berbanding anda pergi kursus yang harga beratus-ratus ringgit. Kalau anda berminat nak dapatkan ebook cara Bisnes Air Balang ini, sila klik di sini sekarang!

Kesimpulannya, jika anda ingin tahu teknik atau cara bisnes air balang yang jimat kos, anda perlu mencuba semua cara yang saya cadangkan di atas dan jika ada idea tambahan, anda boleh gabungkan.

Selamat mencuba dan good luck kawan!

Sila 'share' jika bermanfaat!

2 Comments

    • Betul tu tuan, sebagai permulaan bleh je jual 1 jenis air balang dulu. Yang penting buat biar sedap, design ‘jenama’ dan promosi bagi mantap.. lama2 orang kenal dan asyik ‘repeat’ je.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*