5 Cara Mula Belajar Al-Quran Bagi Mereka Yang Sudah Berumur Tetapi Rasa Malu

Sila 'share' jika bermanfaat!

Ada orang kata, “jangan malu untuk belajar baca al-Quran walaupun kita sudah berumur”. Betul, tidak dinafikan kebenarannya dan saya setuju 100% dengan kata-kata tersebut. Tetapi ia adalah satu perlakuan yang amat berat bagi mereka yang berada dalam situasi berkenaan. Bayangkan, ada mereka yang sudah berumur 45 tahun tetapi masih tergagap baca al-Quran malah ada yang pada umur tersebut tak tahu langsung untuk membaca al-Quran.

Bagi saya, golongan ini kita tidak perlu menyalahkan mereka atau keturunan mereka dengan menganggap keluarga mereka jahil dan tidak mengamalkan agama sebab itu dia tidak pandai membaca al-Quran walaupun sudah berumur kerana apa pun sebab yang menjadikan sedemikian, sebab atau perkara itu telah pun berlalu dan dianggap itu adalah perkara yang telah lepas.

Saya yakin bahawa ramai dari kalangan mereka ini sebenarnya jauh dilubuk hati mereka ingin belajar membaca al-Quran tetapi ada rasa malu untuk berjumpa guru dan belajar. Ada yang membayangkan nanti ustaz atau kawan-kawan atau orang sekeliling akan memerli dan mengata mereka sebab sudah tua baru nak belajar baca al-Quran.

Bagi saya, sepatutnya kita yang pandai al-Quran ini perlu membantu mereka setakat yang mampu sama ada mengajar mereka membaca al-Quran secara direct atau hanya di sebalik tabir. Masing-masing mesti memikirkan cara atau kaedah untuk membantu mereka.

Saya ada beberapa cadangan untuk abang-abang atau kakak-kakak atau pakcik-pakcik yang ingin belajar membaca al-Quran tetapi ada rasa malu untuk berjumpa guru bersemuka.

Tetapi perlu diingat, cara ini hanya sebagai langkah pertama atau permulaan untuk menghilangkan rasa malu dan bertujuan untuk meningkatkan sedikit keyakinan dalam menyebut ayat al-Quran sahaja. Semua ini sebagai persediaan untuk anda berani pergi mendapatkan guru al-Quran dan belajar secara terus atau direct dari mereka.

5 Cara Mula Belajar Al-Quran Bagi Mereka Yang Sudah Berumur Tetapi Rasa Malu

1# Kawan baik

Cari kawan baik anda yang pandai membaca al-Quran dan belajar dari mereka. Tidak kira kawan anda itu berlatar belakang pendidikan sekolah agama ataupun tidak, yang penting sekiranya anda rasa mereka pandai al-Quran maka minta mereka ajar anda mengikut jadual tertentu. Dengan kawan sendiri mungkin anda akan kurang rasa malu.

2# Keluarga / saudara mara

Jika anda ada ahli keluarga atau saudara sendiri tidak kira yang dekat atau jauh dan mereka pandai al-Quran seelok-eloknya dapatkan tunjuk ajar mereka kerana kemungkinan kita agak rapat dengan mereka dan kuranglah rasa malu.

3# Rancangan di televisyen

Jika dua cara di atas masih lagi tidak mampu untuk anda mulakan, anda boleh cuba belajar sendirian dengan cara menonton rancangan di televisyen. Tonton rancangan belajar mengaji atau mendengar bacaan orang lain di tv juga sebenarnya dapat membantu tingkatkan keyakinan anda untuk belajar.

Salah satu rancangan di tv saya cadangkan ialah rancangan Tilawah Interaktif yang bersiaran di TV1 setiap hari khamis jam 6 petang. Rancangan tersebut membenarkan penonton membuat panggilan dan membaca al-Quran yang didengar dan disemak oleh ahli panel. Sepanjang bacaan tersebut, anda boleh ikut sedikit demi sedikit bacaan penonton tersebut.

4# Youtube / Online

Anda juga boleh cuba belajar sendirian secara online dengan menonton serta mendengar cara belajar al-Quran di Youtube. Dapatkan merka yang membaca al-Quran dengan baik dan anda ikut sedikit demi sedikit. Insha Allah lama kelamaan anda akan lebih yakin menyebut.

5# Al-Quran digital

Al-Quran digital adalah salah satu gajet moden yang penuh inovasi untuk membantu anda yang ingin belajar membaca al-Quran terutama bagi yang malu. Saya rasa cara ini lebih baik kerana dengan al-Quran digital anda dapat belajar secara bersendirian di rumah atau di mana sahaja yang anda selesa.

Dengan adanya pen pintar sebagai alat pengajar, anda boleh menyentuh pen tersebut pada al-Quran di mana-mana ayat yang anda mahu, maka pen tersebut akan bacakan untuk anda. Kemudian anda boleh ikut sebutannya berulang-ulang. Insha Allah lama kelamaan anda akan lebih yakin menyebut dan hilang rasa malu untuk berjumpa guru secara direct.

Yang penting, setelah anda rasa yakin sedikit dan kurang rasa malu, hendaklah belajar dengan berguru al-Quran secara direct pula dengan tujuan supaya ada orang dapat mendengar serta memperbaiki dan mengesahkan bacaan kita.

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*