#5 Cara Mudah Nak Jual Air Milo

Sila 'share' jika bermanfaat!

Cara mudah nak jual air MILO. Siapa yang tak kenal air milo? Air minuman yang popular di Malaysia dari dulu lagi. Sejak saya kecil masa tahun 80-an, inilah air yang budak-budak cari nak minum.

Kalau ada jual di depan sekolah atau pasar malam mesti ramai budak-budak yang beli, tak kurang juga ada yang menangis minta mak ayah belikan.

Tapi sekarang air milo ni bukan budak-budak je yang suka, orang dewasa macam kita pun terjebak kan? Kan? Siap beli milo peket lagi buat stok kat rumah. Kalau pergi kedai makan atau restoran, air paling senang nak order ialah air milo sebab tak perlu fikir lama-lama nak order air apa.

Ini menunjukkan air milo mendapat permintaan tinggi di Malaysia sampai sekarang. Jadi, ini adalah peluang untuk anda buat bisnes jual air balang dan kalau tak ada idea nak jual air apa, anda boleh jual air milo je. Senang! Dan carilah cara nak jual air milo yang unik lain dari yang lain.

Jual air milo sekarang ni, modalnya memang agak tinggi sebab harga milo tu sendiri dah mahal, tambah pulak anda mesti letak susu pekat manis untuk jadikan lebih sedap dan menarik, dah tak boleh jual air letak milo dan air gula je.. tak sedap!

Walaupun letak susu pekat manis akan memakan kos yang agak tinggi tetapi untungnya pun boleh tahan sebab takkan anda nak jual dengan harga seringgit kan? Tetap ada untung, percayalah!

Ok, kalau dah buat keputusan nak jual air milo, macam mana cara nak jual air milo?

Senang je..

#1 Beli peralatan asas

  • Balang air (sekurang-kurangnya yang 33 liter)
  • Meja lipat (paling kecil saiz 4 x 4 kaki pun dah boleh sebagai permulaan)
  • Kanopi (dapat yang saiz 8 x 8 kaki pun dan ok) – lebih baik 10 x 10 kaki
  • Buat ‘banner’ atau ‘bunting’ promosi. (Keluarkan sedikit modal dapatkan designer dan ‘print’) – bagi nampak cantik dan gempak!
  • Cipta lah JENAMA anda sendiri dan letak pada ‘banner’ atau ‘bunting’ tersebut. Contoh jenama Air Jus Meleleh, Jus Merecik, Jus Abang Padil, Jus Mersing dan apa-apa jela yang anda fikirkan baik untuk anada.

*Lebih untung kalau anda dapat lokasi yang tak perlu guna kanopi sendiri.

#2 Cari lokasi berniaga

Lokasi nak jual air milo anda kena survey dan cari sendiri. Anda boleh jual di tepi jalan, depan sekolah, depan rumah bagi yang sesuai, event atau program anjuran universiti atau kolej, program anjuran surau atau masjid, di pasar tani, pasar malam, down town , up town, car boot sale dan lain-lain tempat yang anda dapat.

*Lebih untung kalau anda dapat lokasi yang tak perlu guna kanopi sendiri dan tak perlu bayar sewa atau sewanya rendah.

#3 Rasa sedap

Buat air milo ni senang je tapi buat air milo tu biarlah sedap, jangan kedekut milo, guna air putih bersih dari water filter, air mineral atau air RO water, jangan guna air paip ok! Campurkan  milo dan juga susu pekat manis  di dalam balang dan bancuh. Kemudian masukkan ais batu.

Gula hanya digunakan sebagai air gula seperti biasa yang diletakkan dalam bekas air gula berasingan. Air gula tu ‘standbye’ masa air milo dalam balang dah penghujung atau air batu dah cair sebab air milo tu akan jadi tawar sikit. So, cedok air gula dan masukkan dalam cawan masa orang nak beli.

Anda boleh campurkan semua bahan tu kemudian test rasa dulu. Kalau kurang sedap anda tambah lah milo atau susu secukup rasa.

#4 Lain dari yang lain

Buat air milo yang basic tu memang senang sangat tapi kalau boleh anda buat dan jual biarlah ada kelainan, lebih sedap dan lebih unik berbanding orang lain.

Contohnya adakan pakej air milo tabur, tambah chocolate rise, letak biskut ke dan lain-lain idea yang mungkin anda terfikir. Dah boleh jual satu ‘cup’ RM3 atau RM5.

#5 Resepi rahsia tambahan

Kebanyakkan peniaga yang jual air milo sedap dari yang lain tu, dia ada tambahan resepi rahsia sendiri dan jarang beritahu kepada orang lain.

Anda juga boleh buat macam tu dengan cara cuba cari resepi-resepi lain yang boleh jadikan air milo anda lebih sedap dan itulah cara nak jual air milo lain dari yang lain. Kalau anda cari insya-Allah akan dapat.

Good luck!

*Kalau nak tau resepi air milo yang lebih power, belajarlah dari otai ni, dengan klik gambar di bawah sekarang!

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*