#6 Tips Bisnes Air balang Depan Sekolah

Sila 'share' jika bermanfaat!

#6 Tips bisnes air balang depan sekolah. Antara tapak berniaga yang ramai orang suka ialah di kawasan sekolah kebangsaan atau sekolah rendah. Biasanya lokasi utama ramai peniaga ialah di depan sekolah. Sama ada kawasan betul sebelah pintu pagar sekolah atau seberang jalan bertentangan pagar sekolah.

Ingat, berniaga di depan sekolah pelanggannya tak ramai seperti berniaga di pasar malam jadi, anda jangan mengharap keuntungannya sama macam di pasar malam. Tetapi jangan terkejut sebab ada peniaga yang pernah dapat untung lebih berbanding berniaga di pasar malam.

Kalau anda berminat nak jual air balang di lokasi depan sekolah, jom baca apa yang anda perlu buat:

1) Tanya peniaga lama tentang kekosongan tapak

Biasanya berniaga depan sekolah ni dah ada peniaga otai yang dah lama berniaga di situ. Jadi, untuk mengelak berlaku perselisihan faham, lebih baik anda bertanya dulu kepada peniaga lain kat mana lokasi yang masih kosong. Kalau rezeki anda di hujung sekali, terima je. Cuba dulu.. Rezeki Allah itu luas.

2) Sebelah peniaga lain

Ini sama seperti point no #1 di atas. Lebih baik anda berniaga berjiran dengan peniaga lain supaya ada kemeriahannya dan dapat tingkatkan silaturrahim dengan peniaga lain.

3) Tiada halangan pihak PBT dan PIBG sekolah

Sebelum berniaga juga, kalau boleh anda bertanya dan pastikan yang tapak berniaga di situ sememangnya dibenarkan oleh pihak PBT dan pihak sekolah termasuk PIBG sekolah. Semuanya kerana untuk pastikan tak akan berlaku perkara negatif pada masa akan datang.

4) Jual 2 atau 3 jenis air

Antara tips bisnes air balang depan sekolah yang lain ialah, kalau boleh anda jual 2 atau 3 jenis air dan kalau boleh juga jual air yang lain dari peniaga lain tetapi ada potensi. Caranya, anda jual 1 atau 2 jenis air yang orang lain tak ada jual lagi sebagai air utama anda. Kemudian sejenis lagi boleh jual air yang biasa untuk pelajar sekolah rendah iaitu air milo.

5) Harga murah

Jual air di depan sekolah anda tak boleh jual harga macam berniaga di pasar malam atau pasar tani jual RM3 dan letak dalam cup besar. Berniaga depan sekolah ni anda perlu jual harga yang murah sahaja sebab pelajar sekolah senang nak beli. Ibu bapa yang datang pun tak berat hati nak belikan untuk anak diorang dan untuk diri sendiri. Jual dengan RM1 tetapi guna cup yang kecil sahaja. Jangan risau, tetap anda untung.

6) Selitkan air mineral

Sebagai air selingan anda jual juga air mineral botol kecil dengan harga RM1. Ada pelajar dan ada ibu bapa yang suka minum air kosong je bila dahaga atau pada waktu cuaca panas. Jadi, diorang akan beli air mineral yang terdekat dengan diorang.

Anda boleh beli air mineral di pasar raya atau kedai borong yang jual harga murah. Tak kisahla anda dapat untung walaupun 20 sen atau 30 sen, yang penting anda jual harga RM1 dan anda tetap dapat untung. Inilah antara tips bisnes air balang depan sekolah yang boleh anda buat untuk ‘bekap’ air balang anda yang lain sebab air mineral kalau tak habis anda boleh simpan dan gunakan untuk jualan seterusnya.

Ok, selamat mencuba dan good luck kawan!

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*