7 Kebaikan Membaca Al-Quran Secara Beramai-Ramai (Tadarus Al-Quran)

SAMSUNG
Sila 'share' jika bermanfaat!

Tadarus al-Quran ialah membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam satu kumpulan dan dibaca secara bergilir-gilir oleh setiap ahli dalam kumpulan tersebut.

Bagi yang tak pandai baca al-Quran boleh hanya mendengar sahaja bacaan orang lain. Sepanjang bacaan ahli-ahli dalam kumpulan tersebut, apa-apa kesalahan bacaan akan ada yang menegur dan membetulkannya.

Bilangan ahli boleh bermula dengan dua orang dan ke atas dan ia terpulang kepada masing-masing tetapi yang lebih baik di dalam kumpulan tersebut ada sekurang-kurangnya seorang yang lebih pandai membaca a-Quran dan tahu tajwid kerana ia dapat memperbaiki jika ada kesalahan.

Ia boleh dilakukan orang dewasa sesama dewasa atau dewasa dengan kanak-kanak sebagai memberi keseronokan membaca al-Quran dan proses pembelajaran untuk mereka.

Kebiasaannya di Malaysia, tadarus kerap dilakukan ialah pada bulan Ramadan sama ada di siang hari atau di malam hari yang mana tadarus itu dilakukan oleh Jemaah di masjid, oleh ahli keluarga di rumah malah ada juga dilakukan oleh pekerja-pekerja di sesetengah pejabat mengikut kebenaran majikan masing-masing.

Cara Melakukan Tadarus Al-Quran

1# Bina kumpulan

Wujudkan kumpulan dengan mencari orang untuk sertai kumpulan tadarus tersebut. Bilangan ahli boleh bermula dari dua orang dan tiada had had maksimum. Tetapi lebih baik jangan terlalu ramai hingga mencecah berpuuh orang. Cukup dengan paling ramai pun ialah 15 hingga 20 orang.

Bagi kumpulan kanak-kanak, pastikan ada seorang dewasa sebagai ketua kumpulan kerana kanak-kanak sememangnya perlukan tunjuk ajar dan pemantauan dari orang dewasa.

2# Lantik ketua kumpulan

Pastikan lantik ketua kumpulan yang mana beliau adalah orang yang lebih pandai dalam al-Quran berbanding ahli lain. Tak perlu mencari mereka yang betul-betul pakar tetapi sekurang-kurangnya dia lebih pandai supaya dapat menegur dan memperbaiki bacaan ahli lain jika ada kesalahan.

3# Bacaan pertama

Ketua hendaklah mulakan bacaan pertama dengan membaca beberapa ayat kemudian yang lain mendengarnya dengan teliti. Biasanya ketua akan membaca sekurang-kurangnya satu muka surat dan ada juga yang dua atau tiga muka surat.

#4 Bacaan ahli kumpulan

Kemudian ketua akan serahkan orang kedua pula membaca dan ahli lain juga mendengar dengan teliti. Begitulah seterusnya diberi baca bergilir-gilir oleh setiap ahli kumpulan yang ada. Bagi ahli yang lain boleh membaca mengikut kadar kemampuan.

Jika anda pandai mengaji al-Quran boleh baca mengikut bilangan ayat atau muka surat sama seperti ketua kumpulan. Bagi yang kurang pandai dan ingin cuba membaca anda boleh kurangkan jumlah ayat dalam bacaan anda sama ada cukup dengan membaca 5 hingga 10 ayat sahaja sekurang-kurang anda dapat merasai nikmat membaca di dalam tadarus.

#5 Tegur jika ada kesalahan

Sepanjang bacaan berlangsung jika ada kesalahan oleh ahli yang sedang membaca, ahli kumpulan yang mendengar boleh menegur bacaan tersebut untuk memperbaiki bacaan tersebut. Ianya tidak semestinya hanya ketua yang boleh menegur, tetapi ahli lain juga yang jika kebetulan dia tahu tentang kesalahan bacaan tersebut dia juga boleh menegur.

Kadang-kadang ketua kumpulan juga ada tersalah bacaan oleh itu ahli lain akan menegur untuk memperbetulkan kembali. Ini adalah tindakan yang amat digalakkan sepanjang tadarus al-Quran dilakukan.

#6 Mendengar sahaja jika tidak pandai

Bagi ahli kumpulan yang tidak pandai atau tergagap bacaannya dan dia tidak yakin untuk cuba membacanya, dia boleh mendengar sahaja bacaan orang lain. Ini tidak menjadi kesalahan kerana yang penting kita akan mendapat ganjaran dengan aktiviti mengaji al-Quran beramai-ramai ini kerana orang yang mendengar bacaan ayat al-Quran sahaja dengan niat yang ikhlas, dia juga akan mendapat tanpa membacanya.

Dengan cara ini juga akan dapat menjadi majlis tadarus tersebut dapat selesai dalam masa yang tidak terlalu lama.

7 Kebaikan Membaca Al-Quran Secara Beramai-ramai (Tadarus Al-Quran)

1# Lebih bersemangat

Jika mengaji al-Quran secara beramai-ramai, anda akan rasa lebih bersemangat kerana suasana Jemaah itu sebenarnya kelihatan meriah. Tambahan pula jika yang sertai juga ada terdiri daripada ahli keluarga atau kawan-kawan yang baik dengan anda.

2# Peluang untuk belajar

Biasanya di dalam kumpulan tadarus, anda berpeluang untuk belajar dan tambah ilmu berkaitan al-Quran antaranya ialah;

  • Orang tegur kesalahan bacaan kita. Ini dapat memperbaiki bacaan sendiri
  • Dapat belajar sebutan yang betul dan tajwid dari orang yang lebih pandai
  • Dapat kenal dan fungsi simbol-simbol atau tanda yang ada dalam al-Quran
  • Dengar cara bacaan yang betul dari orang yag lebih pandai

3# Cepat khatam

Oleh kerana membaca al-Quran secara beramai-ramai, ia dapat membantu kita khatam al-Quran dengan lebih cepat tetapi ini khatam secara berkumpulan buka secara bersendirian.

4# Tingkatkan keyakinan

Melalui mengaji al-Quran secara tadarus ini ia dapat meningkatkan tahap keyakinan anda dalam membaca al-Quran kerana akan ada orang yang menegur dan memperbaiki bacaan anda yang salah.

5# Kurangkan rasa malu untuk belajar membaca al-Quran

Pada permulaan mungkin anda aka nada rasa malu atau rendah diri untuk membaca al-Quran kerana tahu kelemahan diri sendiri. Tetapi apabila sudah sertai sekali, pada berikutnya akan kurang rasa malu dan rendah diri tersebut, yang penting anda perlu cuba dahulu.

6# Orang yang membaca dapat pahala

Ini sudah semestinya, kerana sesiapa yang membaca al-Quran besar manfaatnya dan akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

7# Orang yang mendengar juga dapat pahala

Lebih menarik, kita juga akan mendapat pahala walaupun hanya mendengar sahaja bacaan ayat al-Quran. Sebab itu walaupun anda tidak pandai mengaji al-Quran anda boleh juga sertai kmpulan tadarus ini dan berterus terang kepada ketua dan ahli kumpulan yang anda memang tidak mahir atau tidak tahu membaca, oleh itu anda hanya ingin mendengar sahaja.

Akhirnya dengan cara mengaji al-Quran secara tadarus ini sebenarnya dapat menggalakkan lebih ramai orag Islam untuk lebih mendekatkan diri dengan al-Quran kerana banyak masalah dalam bacaan al-Quran dapat diselesaikan sepertimana yang telah disebutkan di atas.

Semoga bermanfaat kawan.

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*