Air Balang Viral

Sila 'share' jika bermanfaat!

Air balang viral. Biasanya air minuman yang mudah menjadi viral atau dalam Bahasa Melayu nya disebut ‘tular’ ini adalah air yang dijual secara ‘francais’ atau melalui ejen-ejen. Contoh air yang dijual secara francais yang biasa tular ialah jenis-jenis air yang shake dan… macam-macam lagi la, saya pun dah tak ingat. So, masa tu pun ramai la orang yang berniaga joint jadi ejen atau francais dengan modal bermula RM3,000 dan ke atas.

Secara peribadi saya memang suka minum sesetengah air macam tu dan paling sedap air coklat. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah saya tak boleh nak minum berulang kali banyak kali sebab harganya agak mahal.

Ada yang dijual dengan harga bermula RM4.50. Itu yang biasa.. kalau nak special  contohnya coklat yang lebih sedap mungkin lebih coklat, tambah itu tambah ini dan lain-lain, harganya lagi mahal. It’s ok, takpe mahal tetapi rasa sedap.

Cuma masalahnya saya sebagai pembeli yang gajinya taraf-taraf kuli bawahan ni, tak mampu lah nak minum air macam tu sehari 3 kali atau lebih. Malah kadang-kadang seminggu sekali pun belum tentu. Bagi yang gajinya besar dan taraf kewangannya tinggi mungkin tak ada masalah.

Tapi perasan tak, air jenis macam tu jadi viral tak lama mana.. kadang-kadang bertahan 2, 3 tahun je, lepas tu senyap. Senyap tu bukan tak ada orang jual terus, orang jual tu masih ada tetapi semakin berkurangan.

Ok, itu cerita air viral kategori bukan air balang. Macam mana dengan air balang? Ada tak air balang viral? Ada tak air balang yang tiba-tiba viral dan meletup tanpa diduga?

Ya, ada lah sangat! Anda ingat tak suatu masa dulu air jambu batu jadi viral? Kat mana-mana ada je orang jual air jambu batu yang dicampur dengan asam boi kemudian diselitkan dengan jambu potong. Saya suka makan jambu potong je dan air jambu batu asam boi ni saya kurengg sikit.

Tetapi air jambu batu pun sebenarnya tak lama juga bertahan viralnya. Rasanya beberapa tahun je jadi viral lepas tu sampai sekarang agak senyap. Tetapi masih ada yang jual di beberapa tempat. Bezanya siapa yang nak beli air jambu batu sekarang kena mencari jauh sikit. Kalau dulu, keluar je rumah penuh orang jual tepi jalan dan senang nak dapat.

Saya tak tahu apa sebab nya air jambu batu semakin berkurang. Pada pendapat peribadi saya mungkin disebabkan masa tu terlalu ramai orang jual dan menjadikan persaingan tu agak sengit. Akhirnya ada lah peniaga yang mengundur diri secara sukarela atau juga secara dipaksa. Jual air lain pula dan ada juga yang jual benda lain.

Kalau anda berminat nak jadi peniaga air balang sama ada secara part time atau  full time, anda boleh cuba jual air balang yang baru nak viral atau sedang viral. Mungkin masa tu persaingan sengit sebab ramai orang jual tetapi anda cuba bertahan. Cari lokasi yang agak-agak pada pendapat anda lokasi tu boleh bertahan lama.

Kemungkinan selang beberapa bulan atau tahun, akan ada orang yang kecundang di tengah jalan, mengundur diri atau memberi laluan kepada orang lain. So, masa tu anda adalah antara orang yang masih jual air balang jenis tu. Peminat air tu akan datang cari anda kalau dia rindu nak anda minum air balang yang anda jual.

Antara air balang yang sedang viral sekarang ialah :

  • Air jus manga
  • Air jus jagung
  • Air detox
  • Teh ais viral
  • Air jus durian belanda

So, kalau nak cuba berniaga air balang nanti, bolehla anda jual air balang viral di atas. Anda juga boleh cuba jual apa-apa jenis air jus lain tetapi kalau boleh selitkan juga satu jenis air balang viral yang tengah meletop supaya ia menjadi daya penarik untuk bisnes air balang anda tu.

Selamat mencuba dan good luck!

Nak tahu resepi air balang viral di atas? Kalau nak sila klik gambar di bawah.

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*