#9 Jenis Air Balang Sedap

Sila 'share' jika bermanfaat!

#9 Jenis air balang sedap. Anda berminat nak berniaga air balang? Kalau nak, anda mesti tahu faktor produk itu diterima. Dalam bisnes air balang, produk yang anda jual sudah tentu la air minuman kan? Tapi, apakah faktor produk (air minuman) itu akan diterima oleh pembeli?

Jika tahu faktor produk yang diterima, anda akan lebih mudah untuk buat persediaan berniaga dan bisnes anda mungkin lebih cepat dikenali dan diterima, seterusnya mungkin akan lebih cepat mendapat jualan dan keuntungan yang tinggi.

Dalam bisnes air balang, faktor produk utama yang mudah diterima oleh pembeli ialah;

Rasa yang sedap

Ini adalah faktor utama dalam menjalankan bisnes jual air balang kerana orang yang dahaga akan membeli air untuk minum tapi bayangkan, kalau dia beli air dari anda dan rasanya memang sedap! ‘komfem’ dia akan puas hati.

Bila dah puas hati, insha-Allah dia akan datang beli lagi. Tak pun, dia akan ‘viral’ kan air anda jual yang sedap tu kat kawan-kawan di media sosial atau dalam sesi membawang nanti, seronok kan?

Tapi bayangkan kalau orang tengah dahaga datang beli air dari anda rasanya tawar, rasa air batu je, warna pudar, tak menarik dan tak sedap langsung! Hampeh! apa perasaan dia? Faham-faham jela. “Inilah kali pertama dan kali terakhir aku datang ok!”

Air balang jenis apa yang sedap?

Kalau nak air yang sedap, anda mesti jual air jus buah sebenar sebab rasanya lebih sedap walaupun modalnya agak tinggi berbanding menggunakan perasa biasa. Kalau jual air milo pun, jangan kedekut letak milo lebih sikit dan jangan buat air milo tu cair yakmat dan tak ada susu.. puuiii!

Berdasarkan ‘trend’ sekarang ada beberapa jenis air balang sedap yang boleh anda cuba jual iaitu;

  1. Air jus manga
  2. Air jus jagung
  3. Air soya
  4. Air MILO
  5. Air jus durian belanda
  6. Air jus kedondong asam boi
  7. Air choconut shake
  8. Air lemon soda, dan
  9. Teh ais viral

Kalau anda jual 1 jenis pun sudah cukup sebagai permulaan. Takpun kalau ada modal lebih sikit, jual 2 atau 3 jenis air di atas. Insha-Allah mudah untuk mendapat jualan tinggi. Belum cuba belum tahu!

Macam mana nak buat 9 jenis air balang sedap?

Kalau anda nak buat air balang yang sedap, tak lain dan tak bukan ialah anda mesti tahu resepi air balang sedap. Cari resepi, tanya orang (kalau orang bagi), cari dalam internet dan lain-lain cara yang boleh anda usahakan.

Cara mudah nak dapatkan resepi air balang sedap

Kalau nak tahu resepi air balang sedap dengan mudah, anda dapatkan je ebook BisnesAirBalang yang ditulis oleh En. Mizan Sulaiman. Beliau seorang peniaga air balang otai sejak dari tahun 2008 dan masih aktif sehingga sekarang tahun 2018.

Dalam ebook tersebut beliau ada tunjukkan cara nak buat bisnes air balang dengan betul berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Paling best, beliau ada berikan resepi untuk buat air di atas.

So, anda tak perlu susah-susah nak cari resepi dan cara bisnes air balang lagi. Yang penting anda perlu cuba dan usaha.

Kalau anda rasa berminat nak dapatkan resepi air balang sedap di atas dan nak tahu cara buat bisnes air balang, sila klik di sini!

Selamat mencuba dan good luck kawan!

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*