#9 Kelebihan Al-Quran Digital Jenama My Qalam

Sila 'share' jika bermanfaat!

Kebelakangan ini ramai umat Islam di seluruh dunia semakin bertambah minat untuk mendalami ilmu agama Islam dalam semua bidang. Di Malaysia juga tidak terlepas dari suasana itu tetapi mungkin ada persamaan dan perbezaaan dengan negara-negara lain dari segi kaedah atau cara seseorang itu belajar ilmu agama Islam tersebut.

Jadi tidak hairan jika saya melihat semakin ramai umat Islam di Malaysia berlumba-lumba menghadiri kelas-kelas pengajian agama di surau dan masjid, kelas tuisyen, melalui online dan sebagainya.

Dalam kebanyakkan ilmu Islam tersebut saya lihat di Malaysia ini ramai memilih al-Quran sebagai ilmu Islam yang pertama dipelajari. Ramai yang mencari dan menghadiri kelas belajar membaca al-Quran sama ada yang berbayar atau yang percuma di surau, masjid, sekolah agama, pondok atau madrasah, dan lain-lain tempat.

Perkara ini juga terbukti apabila syarikat penerbitan dan percetakan al-Quran di Malaysia juga telah bertambah pengeluaran mushaf al-Quran mereka kerana faktor permintaan yang tinggi di Malaysia. Perkara ini bukan hanya disebabkan atas dasar minat umat Islam ingin belajar sahaja tetapi termasuk ramai di kalangan rakyat Muslim Malaysia yang berwaqaf dengan al-Quran.

Alhamdulillah bagi saya ini satu perkembangan yang baik dan wajib dikekalkan dan diteruskan kerana setiap usaha kita melalui al-Quran sama ada belajar membaca, belajar tajwid, perbaiki ilmu sedia ada, mendengar, menerbit atau mencetak, berwaqaf, berzikir dan lain-lain semuanya itu akan dinilai dan dikira sebagai ibadah di sisi Allah swt, insha Allah… Yang penting, niat kita mesti konsisten ikhlas hanya kerana Allah.

 

Al-Quran digital jenama My Qalam

Di Malaysia, permintaan al-Quran digital juga semakin meningkat kerana ini adalah salah satu rekaan inovasi bagi memudahkan umat Islam belajar membaca al-Quran atau untuk memperbaiki bacaan mereka.

Antara syarikat pengeluar al-Quran digital pertama dan terbesar di Malaysia ialah syarikat My Qalam Sdn. Bhd.

My Qalam ada mengeluarkan al-Quran digital dalam beberapa pakej mengikut peringkat sasaran mereka sama ada kanak-kanak atau dewasa. Mereka juga aktif membuat promosi di Malaysia sama ada melalui ejen dan iklan di tv melalui slot rancangan CJ Wow Shop.

Tetapi bagi saya, al-Quran digital My Qalam pakej BASIC dan pakej EXECUTIVE sebenarnya sudah amat sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak hingga dewasa termasuk warga emas kerana dalam pakej tersebut selain mushaf al-Quran, mereka juga memberi beberapa buku percuma iaitu buku Iqra, buku Panduan Tajwid, buku Panduan Sembahyang, buku Panduan Doa dan kad Panduan Haji & Umrah.

Ia juga sesuai bagi anda yang nak belajar sama ada dari kategori tak tahu langsung, sudah tahu sikit-sikit dan kategori nak memperbaiki bacaan.

Dalam kebanyakkan pakej yang ada, saya lebih tertarik dan berminat dengan al-Quran digital My Qalam pakej EXECUTIVE kerana saiz mushaf al-Quran yang lebih besar iaitu saiz A4 (sama seperti al-Quran yang biasa kita baca sekarang). Dengan saiz tersebut saya dapat belajar baca dengan lebih fokus dan dapat juga berkongsi dengan orang lain iaitu isteri, anak-anak dan kawan-kawan yang lebih berumur.

Oleh kerana minat dengan al-Quran digital ini, saya mengambil keputusan untuk menjadi ejen atau pengedar al-Quran digital ini secara sambilan (part time) supaya dapat saya sampaikan pula manfaatnya kepada orang lain selain dapat juga menambahkan serba sedikit sumber pendapatan saya. Anda boleh tengok maklumat lanjut di kedai shopee saya dengan klik DI SINI  atau boleh hubungi saya terus melalui whatsApp di nombor ini 0103372373 (HairulMusa). 

Berikut saya akan kongsikan beberapa kebaikan al-Quran digital My Qalam pakej EXECUTIVE ini kepada anda.

Al-Quran digital di Malaysia yang sah

Untuk makluman anda, apa-apa penerbitan al-Quran di Malaysia sama ada mushaf al-Quran biasa atau al-Quran digital mesti mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mana ia telah disemak oleh pegawai agama di KDN dan oleh panel dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ia bertujuan untuk menjaga kesucian serta kesahihan al-Quran tersebut. Jadi, sebelum anda beli mana-mana al-Quran pastikan anda semak dan tengok ada cop KDN.

 

Ciri-ciri al-Quran digital My Qalam pakej EXECUTVE

#1 Saiz mushaf al-Quran yang besar

Didatangkan dengan saiz A4 iaitu saiz lebih besar berbanding kebanyakkan saiz al-Quran digital yang lain. Ia adalah sama seperti saiz al-Quran biasa yang selalu kita baca sekarang. Oleh kerana saiznya yang lebih besar, anda dapat melihat setiap ayat dengan lebih jelas termasuk simbol-simbol tajwid dan bentuk huruf.

 

#2 Pen Pintar (Smart Pen)

Pen pintar adalah gajet moden penuh inovasi yang berfungsi sebagai guru atau tenaga pengajar kepada penggunanya. Di dalamnya telah disetkan dengan bacaan daripada beberapa qari (imam) yang sah dan terkenal di dunia. Ia juga mengandungi memory card 4GB. Pen pintar adalah alat yang penting dalam satu set Al-Quran MyQalam Executive ini.

 

#3 Beg cover yang cantik

Bagi menonjolkan ciri-ciri executive pada set al-Quran digital ini, anda akan diberikan beg cover istimewa yang diperbuat daripada kain dan ada zip. Jadi, selain dapat digunakan untuk diri sendiri ia juga boleh dijadikan hadiah istimewa kepada insan yang anda sayang.

Sekurang-kurangnya hadiah yang anda berikan ini dapat memberi manfaat yang sangat besar dan boleh menjana saham akhirat kepada anda selagi orang menggunakannya.

 

Kelebihan al-Quran digital My Qalam EXECUTVE

1# Mendengar Bacaan Ayat Yang Anda Pilih

Anda boleh mendengar bacaan mana-mana ayat al-Quran yang anda inginkan dari 7 qari / imam terpilih iaitu;

  • Sheikh Ibrahim Mir Muhammadi (Ibrahim) – Bacaan ‘perkataan per perkataan’
  • Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais (Al-Sudais)
  • Sheikh Sa’ad Al-Ghamdi (Al-Ghamdi)
  • Sheikh Maher Al-Moeqali (Al-Moeqali)
  • Sheikh Al-Mishary Rasyid Alafsy (Mishary)
  • Sheikh Abu Bakr Al-Shatree (Shatree)
  • Sheikh Abdullah Al-Juhaynee (Juhaynee)

2# Mendengar Terjemahan Ayat

Anda boleh mendengar terjemahan mana-mana ayat al-Quran yang anda inginkan dari 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris.

 

3# Mendengar Bacaan Perkataan Per Perkataan (ayat sebiji-sebiji)

Anda boleh mendengar bacaan ayat per ayat satu persatu. dengan cara ini anda akan dapat dengar betul-betul berulang kali setiap sebutan ayat tersebut dengan jelas.

 

4# Rakam & Dengar Bacaan Sendiri

Anda boleh rakam dan dengar semula bacaan sendiri. Cara ini sesuai bagi anda yang baru nak belajar menyebut atau membaca al-Quran. Apabila anda sentiasa ulang mendengar, rakam bacaan sendiri dan dengar semula rakaman bacaan anda, inshaAllah lama kelamaan anda akan lebih yakin untuk menyebut dan lebih pandai membaca al-Quran.

Caranya ialah;

1- Pilih qari / imam Syeikh Ibrahim (Qari pertama / paling atas)

Kerana bacaan ini ialah dengan cara perkataan per perkataan. Ia mudah untuk anda dengar kerana sebutannya yang jelas satu persatu.

2- Sentuh Pen Pintar pada mana-mana ayat yang anda inginkan. Dengar dahulu bacaan qari tersebut berulang kali.

5# Telah disemak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Al-Quran digital My Qalam ini telah disemak dan dinilai oleh 35 orang panel yang berkelayakan dan diiktiraf

6# Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Surat Perakuan KDN

Surat Perakuan KDN

Cop Kelulusan KDN

7# Pengiktirafan luar negara

8# Mudah digunakan

9# Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa

selain itu, al-Quran digital ini sesuai untuk anda yang nak belajar membaca al-Quran tetapi ada masalah berikut;

  • Malu
  • Tak ada masa yang cukup untuk hadir ke kelas pengajian al-Quran
  • Tak banyak duit nak bayar yuran kelas bulanan
  • Sudah pandai membaca tetapi nak semak sebutan dan tajwid yang betul

Tetapi ingat, walaupun anda telah belajar menggunakan al-Quran digital, anda mesti mencari sedikit masa lapang untuk belajar dengan guru secara bersemuka kerana itu lebih afdal dan digalakkan kerana anda akan ada peluang untuk bertanya soalan dan melihat kaedah sebutan makhraj huruf dengan lebih tepat.

Al-Quran digital ini boleh dijadikan alat bantuan bagi permulaan untuk belajar sahaja dan apabila anda rasa lebih yakin boleh menyebut atau membaca al-Quran, seelok-eloknya ketika itu anda dapatkan guru al-Quran secara bersemuka disamping menggunakan al-Quran digital.

Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada anda kawan!

Untuk dapatkan Al-Quran Digital My Qalam EXECUTIVE ini, anda boleh ke kedai shopee saya dengan klik DI SINI  atau boleh hubungi saya terus melalui whatsApp di nombor 0103372373 (HairulMusa). 

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*