#9 Lokasi Berniaga Air Balang Yang Sesuai

Sila 'share' jika bermanfaat!

#9 lokasi berniaga air balang yang sesuai. Bila sebut pasal berniaga air balang, saya tahu ramai yang berminat untuk buat bisnes ni. Ada yang nak buat sepenuh masa dan ada juga yang ingin jual air balang secara sambilan demi untuk menambah pendapatan dan masing-masing pun mula lah mencari lokasi berniaga air balang yang sesuai.

Mana taknya, orang menganggap jual air ni bisnes yang mudah, rendah modal dan tinggi keuntungan. Itu mungkin betul jika kena dengan cara dan ilmunya. Kalau tak kena gaya, bisnes air ni juga sebenarnya boleh mendatangkan kerugian yang berpanjangan.

Tapi anda perlu ingat, mana ada bisnes atau kerja yang terlalu senang dan terlalu mudah. Apa-apa bisnes pasti ada cabaran. Semuanya perlu dengan menuntut ilmu dan belajar cara berniaga yang betul. Sekurang-kurangnya dengan ilmu, bisnes anda akan menjadi sedikit mudah tetapi tetap tidak terlalu mudah dan ia tetap berisiko walaupun bisnes tu nampak mudah seperti jual air.

Antara cabaran bagi anda yang baru nak mula berniaga air balang ialah LOKASI… Mana lokasi yang sesuai untuk berniaga air balang?

Ok, di sini saya kongsikan sedikit antara lokasi yang boleh anda mulakan untuk berniaga air balang. Perkongsian ini adalah berdasarkan beberapa kajian, pemerhatian dan juga berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika berniaga makanan bergoreng dan air.

8 Lokasi Berniaga Air Balang Yang Sesuai ialah:

#1 Bazar Ramadan

Berniaga di bazar Ramadan jika kena dengan cara dan keadaan cuaca, pasti anda berpeluang untuk menjana pendapatan yang tinggi sekurang-kurangnya sebulan di dalam bulan Ramadan. Dapatlah duit raya..

Tetapi cabarannya anda perlu mengikut prosuder tertentu untuk berniaga bermula dengan memohon sewa tapak daripada penganjur sama ada majlis perbandaran atau penganjur persendirian di kawasan anda. Dua atau tiga bulan sebelum Ramadan pastikan anda peka dengan mencari iklan-iklan tapak bazar Ramadan sama ada di internet atau di kawasan perumahan anda.

#2 Pasar Tani – Sabtu & Ahad

Berniaga di pasar tani juga menarik kerana tapak yang anda dapat itu mungkin boleh kekal lama kerana ia menjadi milik anda selagi anda tak tarik diri atau di ’reject’ oleh penganjur. Biasanya untuk berniaga di pasar tani anda perlu memohon dengan FAMA dan patuhilah segala prosuder.

#3 Pasar Malam

Kalau anda nak buat bisnes air balang secara sambilan atau ‘part time’, pasar malam adalah sangat sesuai untuk anda kerana anda berniaga hanya pada waktu malam. Tapi kena ingat, persediaan bahan-bahan anda kena bahagikan masa yang sesuai.

#4 Down Town / Up Town

Ini juga salah satu lokasi untuk berniaga air balang yang sesuai untuk anda yang nak buat bisnes secara ‘part time’ sebab waktu bisnesnya hanya pada sebelah malam sahaja.

Untuk tahu cara mendapatkan tapak berniaga, anda kena rajin pergi dan bertanya kepada peniaga sedia ada kat situ.

#5 Tepi jalan

Ini adalah lokasi yang terbaik juga untuk anda jual air balang. Pastikan jalan yang anda pilih itu adalah laluan orang ramai dan banyak kenderaan lalu lalang. Yang paling baik ialah ia laluan orang balik kerja dan kawasan yang kenderaan tidak terlalu laju (jangan tepi ‘highway’ atau jalan utama yang lurus dan panjang)

#6 Depan sekolah

Kalau anda perasan, ramai orang yang berniaga di hadapan kawasan sekolah kan? Biasanya di kawasan kampung dan kawasan bandar yang sederhana peraturannya. Jangan pula anda nak berniaga di hadapan sekolah di dalam Putrajaya ye, sebab memang tak dapatla..

#7 Program anjuran Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Biasanya pihak IPT, persatuan pelajar atau pelajar IPT sama ada IPT kerajaan atau swasta, akan mengadakan mengadakan beberapa program, event atau exspo dalam setiap tahun. Antara program yang biasa diadakan di IPT ialah program sempena konvokasion, program fakulti atau kolej dan lain-lain.

Pengalaman saya dulu pernah berniaga di dalam UKM Bangi, UPM Serdang, USIM Nilai, UHKL Kuala Lumpur dan beberapa IPT lagi. Anda boleh dapatkan maklumat program dan tapak dengan menghubungi pihak IPT sendiri atau ejen-ejen penganjur berkenaan di internet dan iklan poster. Kena rajin bertanya dan mencari ok..

#8 Car Boot Sale

Sekarang ni dah semakin ramai penganjur yang anjurkan jualan dengan cara car boot sale ni. Nak berniaga pun senang sebab buka bonet kereta je dah boleh berniaga. Selain mudah nak berniaga, car boot sale ni juga biasanya bayaran sewa tu rendah je. So, cuba cari anjuran car boot sale ni di tempat anda dan cuba berniaga!

#9 Program anjuran surau / masjid

Program di masjid atau surau juga sebenarnya boleh dijadikan lokasi yang sesuai untuk berniaga air balang kerana berdasarkan pengalaman saya, pihak masjid atau penganjur progrem adakan di kawasan luar masjid atau dalam kawasan masjid dan hari program akan bermula pada hari jumaat hingga ahad. Pada hari jumaat tersebut adalah hari yang banyak jualan kerana orang pastinya ramai datang solat jumaat.

Jika penganjur tersebut adalah pihak masjid sendiri, anda mungkin beruntung kerana kebiasaannya kadar sewanya sangat rendah dan kadang-kadang imam atau pihak masjid minta ikut sumbangan peniaga sahaja. Anda kena rajin bertanya kepada pihak AJK masjid untuk tahu program dan dapatkan tapak berniaga.

So, bagi saya berniaga sempena program anjuran masjid atau surau adalah salah satu lokasi berniaga air balang yang sesuai untuk anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya kawan!

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*