Aku, Orang Gila & Pisang Goreng: Bahagian 1

Sila 'share' jika bermanfaat!

Ini adalah kisah benar yang aku lalui 11 tahun lepas ketika aku study di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) sekarang dah jadi KUIPSAS – Kolej Universiti. Masa tu baru semester pertama. Oleh kerana famili aku dari keluarga sederhana, aku mempunyai semangat nak berjaya tu agak tinggi.

Suatu hari, masa cuti hari sabtu aku keluar sorang-sorang ke bandar Kuantan. Duit belanja yang mak ayah aku bagi bukan banyak sangat dan aku pun masih dalam proses tunggu keputusan pinjaman PTPTN. Aku ke bandar saje jalan-jalan je bukan nak membeli pun.

Dah selesai pusing-pusing Kompleks Teruntum, Kuantan Parade dan akhir sekali Berjaya Megamall Kuantan (Antara pasaraya yang ‘top’ masa tu) aku jalan kaki semula ke stesen bas lama (dulu dikenali sebagai Benteng) yang lokasinya berada di tepi Sungai Kuantan. Dari situ aku akan naik bas balik ke kolej semula.

Dalam perjalanan dari Berjaya Megamall Kuantan ke Benteng, aku singgah beli pisang goreng kat gerai tepi jalan. Ape ke nama ntah gerai tu aku tak ingat yang penting, sedap dan power! Aku beli la RM1 dan dapat 5 biji.

Aku pun makan sambil berjalan nak pergi stesen bas (tak ingat dah yang makan sambil berjalan tu tak senonoh dan tak sopan santun, astaghfirullah..)

Tiba-tiba dari jauh aku ternampak seorang lelaki gila yang datang dari arah depan. Pakai baju warna hijau macam baju pesakit dalam wad hospital. Berjalan terhenjut-henjut dan bercakap sorang-sorang dengan suara kuat macam tak puas hati kat kawan sebelah dia yang aku tak nampak.

Hati aku berdebar dan perasaan takut tiba-tiba singgah di ‘qalbu’ ku yang romantik ini. Aku pun buat-buat ‘relaks’ dan teruskan mengunyah pisang goreng sambil pusing belakang dan berpatah balik dengan harapan dia tak terserempak dengan aku atau dia tak datang buat apa-apa kat aku.

Lepas tu suara orang gila tadi dah tak dengar, senyap sepi je.. Aku agak dia pun dah blah… Aku cakap dalam hati, lega.. dan aku pun nak pusing semula..

Tapi, masa aku nak pusing balik tu tiba-tiba ada orang tepuk bahu kanan aku.

Opocot! terkejut derr! Bila aku pusing je rupa-rupanya orang gila tadi tu yang tepuk bahu aku.

Dia tengok dan tenung aku dengan riak muka ‘gila serius’ dia tu. macam nak buat apa-apa je kat aku. “Tolong bang, aku masih teruna..” hati aku buat lawak nk cover takut.

Kalau korang kat tempat aku, apa perasaan korang? Bayangkanlah apa perasaan aku masa tu. Dia pun hulur tangan minta sesuatu sambil marah-marah cakap erkk! uukkk! erkkk! macam orang bisu.

Perghhh! jantung aku masa tu..

Bersambung…

Baca sambungan cerita ini di BAHAGIAN KEDUA

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*