Aku, Orang Gila & Pisang Goreng: Bahagian Akhir

Sila 'share' jika bermanfaat!

Sebulan kemudian

Bukan betul-betul tepat sebulan, tapi aku agak-agak dalam sebulan la, aku keluar ke bandar Kuantan sekali lagi sorang-sorang. Macam biasa habis jalan-jalan aku pergi benteng ambil bas balik ke kolej.

Tengok dalam wallet aku tinggal duit untuk tambang bas dan duit makan sikit je. Sedih giler.. Nak susahkan mak ayah aku kesian, tapi tak dek tempat lain yang aku nak minta, diorang lah juga..

Sampai depan stesen teksi seberang jalan ke stesen bas tu, aku pergi kat ‘telefon awam’ yang guna duit syiling. Dulu kan popular telefon tu. Korang pernah tengok dan guna tak? Kalau tak pernah maknanya korang ni geng generasi wechat, raver dan hipster.

Aku ada duit syiling sikit sangat tak sampai seringgit pun, macam tak cukup je nak call mak aku minta duit belanja dan berborak puas-puas, tapi aku cuba..

Aku pun call. Mula-mula bagi mukaddimah la dulu beb, takkan terus nak minta duit kan? Lepas je aku bodek duit belanja kat mak, aku tengok baki kat telefon tu tinggal 10 sen je, tapi rasa tak puas lagi berborak ni..

Aku cakap “Mak, duit syiling nak habis dah ni!” sambil dalam hati aku kata, “kalau la ada syiling lagi 20 sen kan best, mesti boleh cakap lama sikit dengan mak aku.” Tapi kalau dah takdek rezeki nak berborak panjang dengan mak aku, biar putus call macam tu jela.. tak pe, nak buat macam mana kan?

Tiba-tiba pada masa yang sama, ada orang tepuk bahu kiri aku dari belakang. Rasa macam pernah kena tepuk macam ni.. Macam kenal je.. Aku pusing kepala ke kiri sambil tangan kiri aku pegang gangang telefon tu dan letak di telinga kiri aku.

Terkejut aku tengok, orang gila rambut berserabai dan kotor sambil bising-bising dan cakap macam orang bisu. “Errkkk! Uuu! Erkkk!”

Aku angguk-angguk kepala sambil senyum dan terus bercakap dengan mak. Aku tak sempat fokus kat dia pun sebenarnya, maklumla.. kalau kita tengah bergayut telefon, mana sedar sangat apa yang berlaku kat sekeliling ni. Tu belum lagi call awek..

Sambil orang gila tu cakap errkk.. uuu.. errkk.. dia hulur tangan dan tunjuk-tunjuk kat aku macam nak bagi sesuatu tapi aku tak nampak benda apa. Aku buat tak layan dan teruskan bercakap dengan mak aku.

Tiba-tiba dia letak duit syiling 50 sen kat atas ‘telefon awam’ yang aku guna tu dan dia terus blah sambil bercakap sorang-sorang tergapai-gapai tangan ke awan nano. Apa yang dia cakap ntahla..

Aku terus ambik 50 sen tu dan masukkan dalam telefon. Dapat lah aku berborak panjang sikit dengan mak aku. Baru rasa puas hati.

Lepas selesai telefon mak, aku rasa lain macam, pelik gilerr!

Tadi masa telefon mak, aku bukannya sedar sangat apa yang berlaku termasuk pasal orang gila yang bagi duit syiling 50 sen tu. Rasa macam mamai gitu..

Aku sambung berjalan ke stesen bas dan tiba-tiba baru aku teringat..

Orang gila yang bagi duit syiling 50 sen tu ialah orang gila yang sama aku pernah bagi pisang goreng kat dia dulu dalam keadaan aku rasa lapar dan tak cukup tapi aku bagi juga.

Patut lah masa dia tepuk bahu aku tadi aku terasa macam biasa je dengan orang tu, macam kenal dan mesra je.

Allah bagi bantuan melalui orang gila di saat aku betul-betul perlukan duit syiling 20 sen tapi dia bagi 50 sen.

Allahu Akbar!

Tiba-tiba aku yang jantan, macho dan kacak ni, mata boleh masuk habuk der! berair dan meleleh ke pipi.

Sambil berjalan pergi ke stesen bas, aku lap air mata dan sedut hingus slow-slow. Eeuuyyy.. Tak sangka hari ini aku boleh menangis.

Menangis bukan sebab takdek awek, bukan sebab putus cinta, bukan sebab aku pendek, bukan sebab aku tak hensem, bukan sebab miskin, bukan sebab sakit mata atau telinga, tapi aku menangis sebab benda yang kecil dan sikit tapi aku  dapat balasannya.. banyak!

  1. Mak ayah aku ada duit sikit tapi dapat sara hidup aku sampai besar – sampai besar tu nikmat yang sangat banyak.
  2. Aku ada duit sikit tapi dapat juga beli pisang goreng – korang yang pernah rasa keadaan macam ni, tau lah macam mana nikmatnya.
  3. Aku beli pisang goreng sikit RM1 jer tapi dapat 5 biji terr!
  4. Aku makan 4 biji pisang goreng (bagi aku sikit ler tu.. Hehe) tapi rasa cukup macam makan banyak.
  5. Aku bagi orang gila tu sikit, sebiji je, tapi dia dapat makan dan nampak happy (dengan cara dia la) – happy itu suatu nikmat yang banyak.
  6. Aku ada duit syiling sikit tapi aku dapat call mak aku
  7. Orang gila tu bagi duit syiling sikit, 50 sen je.. tapi itu terlalu banyak bagi aku sebab aku rasa puas dapat bercakap dengan mak aku hari tu.

Kesimpulan

Pada pendapat aku;

  1. Jangan kedekut
  2. Sedekah lah dengan apa yang kita ada, bukan tunggu kaya dulu
  3. jangan pandang hina kat orang lain
  4. Kena banyak bersangka baik
  5. Hati kena sentiasa cuba untuk ikhlas
  6. Kuatkan tawakkal kepada Allah
  7. Hormat dan jagalah mak ayah korang yang masih hidup
  8. Bagi yang dah tiada mak ayah, banyakkanlah berdoa untuk diorang
  9. Balasan baik yang Allah bagi atas kebaikan yang kita dah buat tak semestinya banyak dari segi kuantiti tetapi kadang-kadang ianya banyak dari segi kualiti atau benda yang kita tak nampak seperti perasaan. Contohnya rasa gembira, tenang, dihargai, selesa dan rasa cukup.

Alhamdulillah, semoga kisah ini dapat tingkatkan iman aku dan sesape yang baca dan amalkan, aamiin.

Baca dari mula kisah ini BAHAGIAN PERTAMA

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*