“Aku Peduli Apa! Ada Aku Kesah?”

Sila 'share' jika bermanfaat!

STUASI 1

Zaman sekarang makin ramai orang Islam yang buat jahat dan maksiat secara terang-terangan. Dah tak ada rasa malu. Siap bangga lagi dapat buat macam tu. Meragut dan merompak di tengah orang ramai, remaja berpeluk bercium di tempat awam dan di media sosial, anak kutuk mak ayah di depan orang, tipu duit orang guna teknik  dan macam-macam lagi.

SITUASI 2

Sebahagiannya bila ditegur atau dinasihat dia naik angin dan kita pula yang kena. Pernah tak anda dengar ada orang macam ni bila ditegur dia akan cakap “Aku peduli apa! Ada aku kesahh?”

Perkataan yang ringkas tapi cukup untuk memberi maksud yang dia dah tak peduli apa yang berlaku dan apa orang kata dengan maksiat atau kejahatan yang dia buat tu.

SITUASI 3

Ada orang yang nak berubah jadi baik tapi rasa malu atau takut. Malu atau takut orang perli, mengata, kutuk, orang ungkit cerita lama masa zaman jahat dulu dan lain-lain. Tapi niat dan azam nak jadi baik tu dah ada.

SITUASI 4

Orang ni sedang buat baik, sedang berusaha tingkatkan amalan kebaikannya dan cuba tingkatkan keihlasannya kerana Allah. Dia tak kisah apa orang nak kata.

SITUASI 5

Orang ni hati dan jiwa dia rasa lapang, tenang, gembira dan rasa bersyukur dengan nikmat Allah apa yang ada

PANDUAN

Kalau anda berada di SITUASI 3, sila gunakan ayat power SITUASI 2, “Aku peduli apa! Ada aku kesahh?” Kemudian anda teruskan SITUASI 4 insyaAllah anda akan dapat ke SITUASI 5. Ingat, jangan kembali ke SITUASI 1, bahaya tu!

Selamat mencuba!

*Memang diakui diri ini pun tidak baik dan banyak dosa. Tetapi dalam landasan sedang berusaha untuk menjadi lebih baik serta cuba menjauhkan dosa sebanyak yang termampu. Moga istiqamah. Aamiin.

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*