Apa Projek Anda Ramadhan Tahun Ini?

Sila 'share' jika bermanfaat!

CARA BISNES AIR BALANG (2)

Tak lama sahaja lagi bulan ramadhan akan tiba untuk tahun ini dan seperti biasa, selain berazam dan impian untuk menambahkan amal ibadah, ramai yang berimpian untuk jalankan bisnes di bazar ramadhan sama ada secara ‘part time’ atau ‘full time’ untuk mencari lebih duit raya.

Sebab itu, sekarang sudah ada yang mula mencari dan membuat tempahan tapak bazar ramadhan untuk berniaga nanti.

Bagaimana dengan anda? Ada rasa nak berniaga di bazar ramadhan tak.. Kalau ada minat tetapi tak tahu nak buat bisnes apa, saya cadangkan anda jual air balang.

Sebab apa? Kerana.. walaupun dalam bisnes tak semestinya selalu untung, tetapi jika anda jual air, kebiasaannya 85% pasti laku dan ‘sold out’ terutama jika cuaca panas terik.

Katakan anda berniaga selama 15 hari di sepanjang bulan ramadhan, 5 hari anda rugi dan 10 hari anda untung, inshaAllah anda tetap akan ada duit raya lebih untuk balik kampung. 

Tetapi di bazar ramadhan dah ramai orang jual air balang, macam mana nak mnghadapi situasi macam ni? Oleh sebab itu maka wujudlah sedikit persaingan dalam perniagaan. Persoalannya…

.

“Macam mana nak bagi air balang aku ramai pelanggan?”

“Macam mana nak bagi nampak lebih menarik?”

“Ada tak orang nak beli dengan aku?”

.

.

Maka di sini lah anda memerlukan ilmu dan tunjuk ajar yang betul cara untuk jalankan bisnes air balang di bazar ramadhan.

Berita baiknya…

Ada seorang sahabat, iaitu tuan Mizan Sulaiman sudi berkongsi dan memberikan tunjuk ajar kepada anda cara dan teknik yang betul untuk jalankan bisnes air balang di bazar ramadhan. Beliau berpengalaman dalam dunia bisnes air balang bermula 10 tahun lepas dan masih aktif sehingga sekarang.

Beliau turunkan ilmu bisnes air balang ini melalui sebuah ebook yang ditulis oleh beliau sendiri berdasarkan pengalaman dan kajian.

Di dalam ebook ini beliau akan tunjukkan anda cara dan teknik yang betul untuk jalankan bisnes air balang di bazar ramadhan bermula dari penyediaan peralatan dan bahan-bahan sehingga ketika bearada di tapak bazar ramadhan untuk menjual.

Paling best, dalam ebook ini beliau juga akan berikan anda lebih 20 jenis resepi air balang sama ada air berperisa dan air jus buah-buahan seperti air bandung cincau, air mata kucing, air tembikai, air mangga dan lain-lain lagi bagi memudahkan anda untuk memulakan bisnes jual air balang ini.

Kalau anda berminat dengan ebook beliau ini, anda boleh dapatkannya dengan klik DI SINI.

atau klik jer gambar saya dan tuan Mizan pada ‘banner’ warna kuning di bawah tu ye..:-)

Semoga anda dipermudahkan urusan dan selamat maju jaya kawan!

CARA BISNES AIR BALANG (2)

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*