Cara berniaga online dengan modal minima

Sila 'share' jika bermanfaat!

Pada zaman yang begitu canggih dan moden sekarang, internet menjadi salah satu keperluan bukan lagi kehendak bagi kebanyakkan manusia di dunia ini. Maka dengan ini, wujudlah peluang bagi sesiapa yang minat menceburi bidang perniagaan online. Bila sebut je berniaga atau bisnes sama ada offline atau online, pasti memerlukan modal dan itulah masalah bagi kebanyakkan usahawan di Malaysia. Walaubagaimana pun, kelebihan menggunakan internet sebagai medium perniagaan ialah ada cara berniaga online dengan modal minima. Oleh itu, anda perlu belajar untuk dapatkan ilmu perniagaan online terlebih dahulu.

Pengguna internet di dunia telah mencecah lebih dari empat bilion dan dalam diam-diam ubi berisi gitu, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling ramai pengguna internet. Berdasarkan kajian hasil dari Laporan digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We Are Social, pada tahun 2018, jumlah pengguna internet di Malaysia meningkat kepada 25.08 juta pengguna dan jumlah itu adalah 79 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Wow! Bayangkan, hanya berbaki 21 peratus sahaja penduduk Malaysia yang tidak menggunakan internet.

Dari laporan tersebut juga, jumlah pengguna internet di Malaysia meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu serta menjadikan Malaysia negara ke-9 dunia yang paling aktif di media sosial dan merupakan negara ke-5 dari segi penggunaan e-dagang terbanyak dengan 40 peratus dari rakyat Malaysia pernah membuat transaksi atas talian (bayaran online). Dari keseluruhan, sebanyak 93 peratus pengguna internet di dunia mengakses media sosial menggunakan telefon pintar,

Laporan tersebut menunjukkan betapa banyak peluang bagi anda yang berminat berniaga online untuk segera memulakan perniagaan di internet dan perkara pertama ialah carilah ilmu dan cara berniaga online dengan modal minima atau rendah. Di Malaysia sekarang, sudah ramai mentor, sifu atau guru dalam perniagaan online yang boleh memberi tunjuk ajar kepada anda. Salah seorang pakar usahawan internet yang pertama di Malaysia ialah Irfan Khairi.

Mungkin masih ada yang belum kenal beliau kerana beliau tidak pernah iklankan produk dan perkhidmatannya secara berbayar di mana-mana billboard, akhbar, majalah dan TV kecuali yang dijemput secara percuma. Beliau banyak menggunakan internet sahaja sebagai medium perniagaan sejak 20 tahun dahulu. Disebabkan perkembangan itulah beliau sekarang merupakan salah seorang jutawan internet yang pertama di Malaysia.

Berita baiknya, pada bulan September 2019 beliau telah menulis sebuah buku digital (ebook) istimewa dan di dalam buku digital tersebut beliau berkongsi pengalaman dengan menceritakan bagaimana memulakan perjalanan perniagaan internet sejak beliau masih bujang ketika menuntut di universiti luar negara dan sehingga kini sudah 20 tahun dengan perniagaan internet, beliau berjaya meluaskan perniagaannya secara global dengan tertubuhnya pejabat beliau di Dubai pada dua tahun lepas.

Dengan tertubuhnya pejabat beliau di Dubai, ini menunjukkan perniagaan internet mampu menjadikan anda seorang usahawan sama ada usahawan kecil, sederhana dan besar seterusnya mampu menjadikan anda seorang jutawan walaupun tidak dikenali di media massa seperti akhbar, radio dan TV tetapi dikenali di internet.

Oleh kerana saya  meminati beliau kerana beliau adalah seorang jutawan internet yang sangat merendah diri dan sangat sempoi, pada tahun 2018, saya telah menyertai kelas internet berbayar yang beliau anjurkan sejak sekian lama dan dari situ saya dapat banyak ilmu, cara dan teknik perniagaan internet yang banyak saya tak tahu dan sehingga kini September 2019, saya berjaya juga menjana pendapatan tambahan 4 angka secara sambilan menggunakan hanya 2 atau 3 teknik sahaja dari banyak lagi teknik yang diajar. InshaAllah saya akan teruskan usaha lagi!

Pada pendapat saya, cara berniaga online dengan modal minima yang terbaik bagi anda ialah melalui buku digital yang ditulis oleh beliau tersebut kerana dengan terbitnya buku digital terbaru beliau bertajuk 9dari10 ini, saya rasa ia juga cukup berbaloi untuk anda memulakan atau mengembangkan perniagaan di internet kerana terdapat berpuluh teknik dan cara yang beliau kongsikan di dalam buku digital ini hasil dari pengalaman sendiri dan bukan hanya teori semata-mata dan yang paling penting, dengan modal yang minima! Jadi, jika anda berminat untuk dapatkan buku digital tersebut, sila klik DI SINI dan semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada saya dan anda. Aamiin.

Semoga berjaya kawan!

 

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*