Cara mudah jalankan bisnes kek sebagai kerja part time di rumah

Sila 'share' jika bermanfaat!

Bagi anda yang bekerja makan gaji dengan pendapatan rendah atau sederhana, pasti ada yang terdetik ingin melakukan kerja sampingan sebagai pendapatan tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi dan juga untuk melangsaikan hutang-hutang yang ada. Jika begitu, saya cadangkan beberapa cara mudah jalankan bisnes kek sebagai kerja part time di rumah kerana bisnes kek ini jika betul caranya ia dapat menghasilkan pendapatan tambahan.

Sebenarnya pada tahun 2010, saya pernah menjalankan bisnes kek dengan menyewa sebuah kedai di kampung di negeri Pahang. Tetapi setelah beberapa bulan, saya telah berpindah ke rumah ayah sendiri dan beroperasi di sana. Ini disebabkan saya tidak mampu untuk meneruskan bayaran sewa kedai, bayar upah pekerja dan beberapa masalah lagi. Oleh itu, pada pandangan saya, salah satu cara mudah jalankan bisnes kek sebagai kerja part time di rumah ialah anda jangan mulakan perniagaan dengan menyewa kedai atau mengambil pekerja. Cukuplah dengan bermula di rumah sendiri kerana ia dapat menjimatkan kos.

Sebagai permulaan, anda tak perlu lagi untuk jalankan bisnes kek secara besar-besaran dengan modal yang tinggi. Nama pun nak buat secara sambilan, kan? Mungkin ambil masa pada hari sabtu atau ahad sahaja. Cadangan saya, cara mudah jalankan bisnes kek sebagai kerja part time di rumah adalah seperti berikut:

 

#1 Satu jenis produk sahaja

Seperti yang kita tahu, kek merupakan salah satu daripada produk bakeri selain daripada roti ban. Dalam kategori kek juga ada beberapa jenis kek seperti kek cawan atau cup cake, muffin cake, chocolate moist dan lain-lain lagi. Tetapi anda mulakan dengan satu jenis kek sahaja contohnya anda pilih untuk jual cup cake sahaja bagi majlis sambutan hari lahir, kesyukuran, aqiqah, jamuan hari raya, kenduri kendara dan sebagainya.

 

#2 Bekerja sendiri 

Anda belajar dan bekerja sendiri dahulu. Andalah tauke dan andalah kuli. Dengan cara ini anda dapat mencari pengalaman dengan kos permulaan yang rendah.

 

#3 Peralatan terpakai atau sedia ada

Dalam perniagaan bakeri, peralatan adalah salah satu perkara yang memerlukan kos agak tinggi. Anda perlukan oven industri, mixer machine, meja operasi dari stainless steel dan lain-lain lagi. Dalam bab peralatan, cara mudah jalankan bisnes kek sebagai kerja part time di rumah ialah anda boleh gunakan peralatan yang sedia ada di rumah sahaja (jika ada) contohnya ialah oven. Bagi lain-lain peralatan yang ada, saya cadangkan anda beli peralatan yang terpakai atau second hand sahaja. Anda boleh cari peralatan tersebut di internet seperti di website mudah.my atau dengan search di google.com.

 

#4 pemasaran secara online dan whatsapp

Anda iklankan kek yang dijual itu secara online sama ada di media sosial seperti facebook dan instagram. Selain itu, gunakan juga kaedah melalui whatsApp kepada kawan-kawan atau whatsApp group yang bersesuaian. Anda hanya perlu buat kek terbaik dan ambil gambar kek tersebut kemudian iklankan seperti cara di atas menggunakan smartphone atau telefon bimbit sahaja. Dengan cara ini anda tak perlu keluarkan kos pengiklanan yang tinggi.

 

#5 Bagi sample atau tester

Biasalah, pada peringkat permulaan berniaga, anda perlu keluarkan kos sikit untuk promosi dan promosi terbaik ialah dengan cara memberikan sample sebagai tester untuk dirasa. Untuk lebih mudah, berikan sahaja tester tersebut kepada kawan-kawan di tempat kerja atau jiran anda. Dengan cara ini anda tak perlukan kos iklan yang tinggi.

Itu lah serba sedikit cadangan saya cara mudah jalankan bisnes kek sebagai kerja part time di rumah dan semoga anda dipermudahkan urusan untuk bertindak demi mencapai sasaran kewangan anda iaitu untuk menambah pendapatan secara sambilan. Bagi anda yang berminat nak buat bisnes kek tetapi tak pandai dan tak tahu resepi, boleh cuba dapatkan panduan untuk berniaga kek DI SINI.

Good luck kawan!

 

 

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*