Cara Mudah Tanam Uri Bayi di Putrajaya

Sila 'share' jika bermanfaat!

Bagi orang Islam yang menyambut kelahiran cahaya mata tentu tahu bahawa uri bayi itu mesti diurus dengan baik dan ditanam, bukannya dengan cara dibakar.

Pasangan yang dah pernah mendapat anak sebelum ini serta pernah menguruskan penanaman uri bayi mereka, mungkin tahu caranya tetapi bagi pasangan yang baru pertama kali mendapat baby, mungkin anda tidak tahu. Oleh itu anda perlu cakna dan belajar cara menanam uri bayi.

Selepas anak dilahirkan, biasanya pihak jururawat di hospital akan memberikan uri tersebut kepada ibu bapa untuk dibawa balik dan diuruskan.

Jika ada uri yang tak dituntut, pihak hospital akan meganggap ia sebagai medical waste dan uri tersebut akan diberikan kepada pihak kontraktor untuk dibakar sebagai cara pelupusan. Anda sampai hati ke nak bagi orang bakar uri baby anda?

Kalau di kampung mungkin mudah untuk menanam uri bayi kerana banyak tanah lapang, tetapi bagaimana mana bagi anda yang menetap di bandar terutama yang tinggal di rumah flat, kondo dan rumah apartment.

Tanah yang ada sangat sedikit dan biasanya pihak pengurusan perumahan tak benarkan penduduk tanam uri bayi di kawasan perumahan tersebut.

 

Apa yang perlu anda buat?

Pada pendapat saya, anda perlu bertanya kepada pihak pengurusan masjid atau surau yang berdekatan mungkin mereka dapat membantu.

Tetapi saya tetap tak tahu jawapan sebenar kerana tak ada pengalaman lagi disebabkan anak saya yang pertama hingga ketiga semua uri mereka ditanam di kawasan kampung.

 

Bagaimana jika di Putrajaya?

Kebetulan anak keempat saya lahir di Putrajaya ketika saya menetap di sini, jadi saya ada sedikit pengalaman menanam uri bayi di Putrajaya.

Alhamdulillah komuniti penduduk di kawasan perumahan saya amat prihatin terhadap perkara ini. Saya dibenarkan menanam uri bayi di mana-mana kawasan tanah yang ada di hujung blok perumahan walaupun perumahan apartment..

Ada juga yang menanam di kawasan tanah surau dalam perumahan ini. Itu tak jadi masalah yang penting cari tanah yang lembut untuk memudahkan menggali.

Selain itu, di Putrajaya juga anda boleh menanam uri bayi di kawasan Tanah Perkuburan Islam Putrajaya di Presint 20. Tanah perkubuan ini diselia dan dipantau oleh pihak Perbadanan Putrajaya.

Saya memilih untuk menanam di sini kerana nak dapatkan pengalaman sendiri dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

 

Cara-cara untuk menanam uri bayi di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya

#1 Pergi ke Tanah Perkuburan Islam Putrajaya di Presint 20

.

.

 2 #Maklumkan kepada pihak pengawal keselamatan

Anda boleh cari dan bertanya pengawal keselamatan yang bertugas di sana sama ada yang bertugas di surau atau di pejabat pentadbiran.

Pihak jaga tersebut akan membawa anda ke tanah perkuburan berhadapan dengan surau.

.

.

#3 Basuh uri

Bagi yang belum membasuh uri tersebut di rumah, anda boleh cuci dan bersihkannya di tanah perkuburan.

Saya basuh uri menggunakan air paip di sana untuk buang darah serta saya campurkan garam dan limau nipis sebab uri tersebut sudah berbau kerana saya simpan agak lama iaitu 19 jam selepas kelahiran. Bukan sebab perkara khurafat yang ntah apa-apa ye.

.

. 

#4 Kawasan menanam uri bayi 

Anda akan ditunjukkan kawasan untuk menanam uri bayi di kawasan tanah perkuburan tersebut.

Pihak pengurusan ada menyediakan kawasan khas untuk menanam uri bayi.

.

.

#5 Korek lubang

Anda dibekalkan cangkul dan perlu mengorek sendiri lubang dengan kadar kedalaman yang sesuai sekurang-kurangya binatang liar seperti anjing tidak boleh bau dan tidak dapat mengoreknya.

.

.

#6 Masukkan uri 

Kemudian masukkan uri bayi ke dalam lubang tersebut sama ada masukkan uri sahaja atau masukkan sekali dengan bungkusan tersebut (jika menggunakan beg kertas).

Kalau beg plastik tidak digalakkan bagi tujuan menjaga alam sekitar.

.

.

#7 Kambus tanah

Kemudian kambus kembali tanah dengan kemas dan baik.

Pengawal keselamatan bertugas jugat akan meletakkan batu bata sebagai tanda ada uri ditanam di kawasan tersebut.

Itulah pengalaman saya menanam uri bayi di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya. Semuanya anda perlu buat sendiri tetapi dipantau oleh pengawal keselamatan tersebut.

Jika anda tinggal di Putrajaya dan tak tahu kat mana nak tanam uri bayi anda, boleh datang ke sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kawan semua.

 

 

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*