Kedai bundle kain berkualiti

Sila 'share' jika bermanfaat!

Kedai bundle kain berkualiti. Saya adalah salah seorang peminat pakaian bundle. Daripada baju t-shirt buat jalan-jalan, baju kemeja buat pergi kerja, seluar jeans, seluar kerja, jaket dan beberapa jenis lagi pakaian saya suka beli yang bundle (kecuali pakaian hiasan dalaman) Hehe. Sebab tu kadang-kadang baju yang pakai nampak macam tak baru sangatlaa.

Masa kecil ketika sekolah rendah dulu, ayah saya juga suka belikan untuk saya pakaian bundle di pasar malam sebab harganya murah dan secara automatik masa tu saya pun beranggapan bahawa pakaian bundle ni adalah pakaian yang harganya murah. Tapi.. kadang-kadang tak tahan lama mana pun baju atau seluar yang saya pakai tu. Mungkin sebab murah kot.

Tapi bila saya semakin dewasa dan membesar dengan jayanya serta mula mengenali dunia yang fana, baru saya tahu rupa-rupanya pakaian di kedai bundle ni bukan semuanya harga murah. Banyak je kedai pakaian bundle yang harganya mahal-mahal. Masa saya mula mencari sendiri kedai bundle di bandar, tengok harganya mahal tak sama harga pakaian bundle yang dijual di pasar malam.

Oleh kerana saya juga mula ada kawan-kawan yang suka pakaian bundle, lama-lama pengetahuan saya berkaitan pakaian bundle semakin bertambah walaupun tak lah tahu semuanya lagi. Sebab itu saya mula tahu bahawa pakaian bundle yang harganya mahal biasanya pakaian yang berjenama dan berkualiti.

Pakaian bundle ni kalau kena dengan cara memilih dan kalau jadi rezeki anda, anda akan dapat pakaian yang cantik, berkualiti dan berjenama kerana ada je kedai bundle kain berkualiti dengan harga mampu milik yang terdapat di Malaysia ni.

Sebenarnya, pakaian bundle dijual dalam satu bungkus besar yang beratnya berpuluh-puluh kilo bagi setiap satu bungkus. Biasanya peniaga akan dapatkan stok yang diimport dari luar negara di Pelabuhan Klang dan beberapa tempat lain lagi. Pakaian bundle di Malaysia biasanya diimport dari Thailand, Vietnam dan beberapa negara lagi tapi kebanyakkannya dari Thailand.

Dalam satu bungkusan besar tersebut terdapat pakaian yang dicampur jenis pakaian sama ada kain biasa-biasa dan kain yang berkualiti atau berjenama. Pendek kata semua gred dari gred A hingga gred Z ada dalam tu kot. Hehe.

Tetapi kebanyakkan peniaga pakaian bundle di Malaysia ni, mereka telah asingkan dan memilih pakaian di dalam bungkusan besar tersebut mengikut gred. Sebab tu kadang-kadang ada yang harga mahal dan ada yang terlajak murah seta terlajak sekejap je pakai dah rosak. Tak boleh nak salahkan peniaga pakaian bundle, diorang pun beli bungkusan besar tu ikut nasib je. Kadang-kadang dapat kain gred A kadang-kadang gred C atau D.

Tapi menurut kajian otai-otai bundle di Malaysia, kebanyakkan dalam satu bungkusan besar tersebut, hanya ada 70% sahaja pakaian gred A, yang selebihnya gred cikai-cikai dan ada juga yang tak boleh pakai langsung. Biasanya yang gred cikai ni la peniaga akan jual dengan harga murah. Tapi kadang-kadang ada juga peniaga yang bermurah hati jual harga gred A dengan harga murah yang penting dapat balik modal atau untung sikit pun jadilah.

Bagi anda yang berminat dengan pakaian bundle ni, saya ada cadangan 2 tempat untuk dapatkan pakaian bundle gred A, berkualiti dan ada yang berjenama dengan harga yang mampu milik untuk rakyat marhain seperti saya. 2 tempat tersebut ialah:

  1. Borong direct dari Thailand

Cara ni adalah cara yang makan modal sikit sebab anda kena pergi sendiri ke Thailand. Bajet mahal sikit tapi berita baik dan menguntungkan ialah anda boleh pergi melancung dan boleh pilih sendiri jenama dan gred yang anda nak. Kalau anda tanya saya sudah tentu saya hanya akan pilih gred A sahaja. Maklumlah masa UPSR dan SPM dulu saya tak pernah dapat gred A langsung. Huhu.

Berita baik yang lebih baik ialah, sebenarnya anda boleh pergi ke Thailand hanya secara bersendirian dengan bajet yang minima tetapi mesti mengikut panduan yang telah disediakan oleh seorang brader otai bundle ni. Beliau berpengalaman dalam perniagaan bundle ni sudah 10 tahun lebih. Beliau akan ajar anda cara untuk mulakan perjalanan dari Malaysia ke Thailand, tempat untuk menginap, makanan halal dan di mana ‘port’ yang betul untuk borong pakaian bundle ni sana. Bukan semua tempat di Thailand tu ada jual borong pakaian bundle.

Jadi, dengan cara ini anda bukan sahaja boleh dapat pakaian bundle murah, anda akan dapat melancung dan yang penting sekali… boleh buat berniga buka kedai bundle kain berkualiti di Malaysia. Berbaloi! Yang penting, anda follow je panduan brader tersebut. Panduan tersebut anda boleh dapatkan DI SINI. Keluarkan lah sikit modal untuk panduan tersebut ye. Yang penting berbaloi (berapa banyak yang penting daa..)

 

  1. Kedai Otto Bundle

Otto Bundle ni adalah kedai pakaian bundle yang berkualiti malah ada yang berjenama. Pakaian bundle di sini diimport hanya dari 3 negara itu Korea, Singapura dan Amerika Syarikat. Kelasss gitu u olls!. Saya sendiri dah beberapa kali pergi borong pakaian bundle kat situ. Siap beli untuk anak-anak dan beli cadar tilam lagi. Puas hati..

Yang special nya kedai ni ialah harganya dijual bukan ikut sehelai tetapi dijual timbang kilo. Harga setiap jenis pakai dijual dengan harga berlainan setiap 1 kilogram. Ada RM20/ per kg, ada RM30/ per kg dan lain-lain. Mula-mula rasa macam mahal tapi bila mula-mula tu, saya nak beli seluar kerja pejabat.. masa staff kedai tu timbang harganya RM9 hinggit lebih. Bapokkk mahal.. Kain berkualiti kot!! Jadi apa lagi, saya pun terus ‘sambar’ lagi beberapa helai. Bila masuk pejabat terasa macam pakai seluar baru pulak tak nampak dah macam kain bundle. Hehe.

Kedai Otto bundle ni terletak di Jalan Reko, Kajang, Selangor (berdekatan Down Town Jalan Reko) dan saya tak tahu sama ada ada cawangan kat negeri lain atau tidak sebab yang saya pernah datang kat sini  je setakat ini. Jadi, itu lah perkongsian panjang lebar saya untuk kali ini dan terbuktilah bahawa ada je kedai bundle kain berkualiti di Malaysia ni. Tak lah nampak bundle sangat bila pakai pakaian yang beli kat sini. :-). Kalau anda rajin, ada masa dan ada bajet sikit nanti datang lah ke kedai ni.

Semoga bermanfaat kawan!

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*