Kenapa Anda Perlu Ada Bisnes Shopee?

Sila 'share' jika bermanfaat!

Kenapa anda perlu ada bisnes Shopee

Kenapa anda perlu ada bisnes Shopee? Kawan, anda pernah tak membeli secara online di Shopee?

Saya rasa sekarang ini rakyat Malaysia memang ramai yang pernah membeli di Shopee dan masing-masing ada sebab tersendiri kenapa membeli di Shopee Malaysia ni.

Ada kata harga barang murah, banyak pilihan barangan, barang yang kita nak semua ada, mudah, senang nak bayor, senang nak ‘perabih’ kan duit gaji dan macam-macam lagi.

Walau apa pun sebabnya, yang penting sekarang pembeli di Shopee memang ramai berjuta-juta lemon. Anda juga mesti pernah beli di Shopee kan? Eelehh.. tak ngaku!

Mula-mula nak cuba try test dulu, beli lah barangan yang kecil-kecil dan murah. Lepas tu macam seronok pula, beli barang yang up standard sikit kan?

Lelaki kadang-kadang suka beli jersi bola, barangan sukan, alat memancing, jam tangan, casing smartphone, barangan kereta, barangan motor, baju pagoda, selipar jepun pun ada, minyak wangi dan macam-macam lagi.

Perempuan pula ada yang beli botol susu anak, baju kurung warna-warni, jubah, telekung Ct Kak Dijah, kasut tinggi tumit, alat ‘mehekap’ seperti lipstick atau gincu muah.. muah.., tudung Nirlopah, tudung Farieedah, tudung bawal goreng, siakap tiga rasa dan macam-macam lagi lah.

Itu menunjukkan anda juga sebenarnya salah seorang yang suka shopping di Shopee. Tapi tak pe, itu semua tak dek masalah. Yang penting anda hepi!

Anda juga boleh jadi penjual

Di Shopee anda bukan sahaja boleh membeli ‘perabih’ kan duit, tetapi anda juga boleh jadi penjual dan buat duit sebab Shopee sendiri membuka ruang ini untuk kita menjadi penjual.

Jadi, kalau anda minat bisnes atau sudah memang terlibat dengan bisnes sama ada secara full time atau  part time, agak rugi  kalau anda tak ambil peluang yang ada sekarang ni. Sementara Shopee tengah ‘meletup’.

Kenapa anda perlu ada bisnes Shopee?

Banyak sebab kenapa anda perlu ada bisnes Shopee sekarang ni. Saya akan berikan beberapa kelebihan yang ada di Shopee jika anda sebagai penjual. Antaranya ialah:

#1 Kedai online sendiri

Bagi anda yang memang sudah ada dan sedang menjalankan bisnes online di Fesbuk atau Instageram, ini peluang anda tambah lagi channel pemasaran anda dan jangan hanya fokus kat dua channel tu jer.

Anda tak nak ke ada kedai onine sendiri macam kedai online Lazada, Lelong, Amazon.com dan lain-lain? Kalau nak, bisnes lah di Shopee! Anda akan ada kedai online sendiri nanti.

#2 Daftar FREE!

Di Shopee anda boleh buka akaun Shopee dan ‘cipta’ kedai online anda sendiri secara percuma sahaja. Anda tak perlu nak beli perkhidmatan di luar yang beribu-ribu ‘hinggit’ harganya..

#3 Mudah

Shopee ni adalah kedai online yang sangat mudah dan simple je untuk anda jadi peniaga. Sangat mesra smartphone dan di PC.

Jadi, kat mana pun anda berada sama ada di Sarawak, Sabah, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Pantai Timur dan mana-mana je, anda boleh berniaga. Janji ada internet.

Melalui smartphone pula, Shopee ada menyediakan Aplikasi Shopee yang sangat mudah untuk anda gunakan. Kat mana-mana pun boleh buat bisnes.

#4 Boleh jual banyak produk

Lagi bagus kalau anda jenis berniaga jual banyak produk contohnya beg galas, beg tangan wanita, beg duit lelaki perempuan, beg kulit, beg sekolah, beg travel dan lain-lain beg.

Shopee ni memang kedai online so, boleh lah nak jual produk banyak-banyak.

Tapi kalau anda jual banyak produk di Fesbuk atau Instageram dalam satu akaun, pengguna lain akan nampak  semak dan berserabut walaupun dia cakap dalam hati je.

Jadi, saluran terbaik untuk jual banyak produk ialah melalui kedai online di Shopee.

#5 Boleh jual produk dropship

Yang bestnya, di Shopee juga anda boleh jual produk dropship. Maknanya untuk jadi peniaga di Shopee tak semestinya anda mesti ada keluarkan produk sendiri. Anda boleh jadi ejen atau ejen dropship produk orang atau syarikat lain.

#6 Bisnes secara sambilan

Anda boleh buat bisnes di Shopee ni hanya secara sambilan atau part time’ je kalau anda nak. Jadi, tak lah mengganggu kerja hakiki anda yang makan gaji tetapi nak cari pendapatan tambahan. Bagi yang buat full time lagi lah bagus dan sesuai untuk anda!

#7 Ramai pengguna

Tahukah anda? Menurut statistik, pengguna di Shopee adalah seramai 150 juta orang dan bermakna, ada 500,000 orang pengguna dalam sehari di Shopee. Tak kan tak boleh jual barang kot?

Percaya lah, anda boleh buat duit di Shopee. Yang penting kena tahu cara dan tekniknya yang betul.

Bagi anda yang tak pernah lagi jadi business man atau business women di Shopee tetapi berminat, anda boleh lah belajar dulu cara-caranya. Cari ilmu dulu macam mana cara nak mula, cara nak daftar akaun, nak masukkan barang, set up kedai online anda, nak pilih barang apa dan banyak lagi ilmunya.

Jangan risau, semua ilmu itu ada ditunjukkan oleh seorang peniaga otai yang sangat berpengalaman dalam perniagaan online dan arif dengan selok-belok bisnes di Shopee.

Beliau perturunkan ilmu tersebut di dalam sebuah ebook yang ditulis oleh beliau sendiri yang bertajuk Bisnes Shopee. Kalau anda nak dapatkannya, boleh klik di sini.

Yang bestnya, beliau juga ada tunjukkan cara nak dapatkan ‘pembekal’ produk umtuk kita jadi ejen dropship.

Oleh kerana sekarang Shopee mempunyai ramai pengguna dan pembeli serta sedang diterima ramai, saya amat menggalakkan anda turut serta berniaga di shopee untuk ambil peluang ini. So, harap anda faham kenapa anda perlu ada bisnes Shopee.

Ok, semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba.

Good luck, kawan!

P/s: Untuk info lanjut, sila klik gambar di bawah. 

Kenapa anda perlu ada bisnes Shopee

 

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*