Mengeluh Jer Kejenya!

Sila 'share' jika bermanfaat!

Hrmm.. aduss.. ishh.. kalau la aku.. nak buat macam mana.. adoyyai.. hishh.. fuhh..!

Macam-macam lagi la bunyi kalau orang mengeluh ni.

Persoalannya perlu ke kita mengeluh? Lain orang lain jawapannya. Pendek kata ikut pada sikap dan iman seseorang.

Kalau iman tak kuat biasanya sikap kita akan transform jadi sifat mazmumah (sifat negetif) yang macam-macam jenis seperti hilang sabar, nak marah, tak puas hati, bertumbuk dan lain-lain lagi.

Kalau iman tu agak kuat sikit akan lahirlah sifat mahmudah (sifat positif) maka kita akan kelihatan ‘cool’ beb!.

Banyak sebab dan keadaan yang membuatkan kita mengeluh contohnya bila sakit, bila serabut, bila banyak kerja, bila kena tipu dengan orang lagi-lagi kawan sendiri, bila cerita pasal politik, bila bergossip, dan macam-macam bila lagi.

Zaman sekarang, rasanya paling ramai mengeluh disebabkan masalah kewangan, tak cukup duit, banyak hutang, nak beli itu, nak beli ini, duit dah banyak tapi tak tau nak buat apa dan lain-lain yang berkaitan dengan kewangan. semuanya DUIT.

Tak kurang juga di Malaysia ni ramai yang mengeluh sebab traffic jam di jalan raya dan juga masa menunggu nombor giliran di bank, hospital dan tempat yang sewaktu dengannya..

Cara nak settle supaya tak mengeluh:

– Istighfar banyak-banyak

– Tarik nafas dari hidung dan lepas kat mulut slow-slow. Jangan lepas ikut saluran lain pula.. kahkah!

– Cuba sabar, sabar, sabar.. Cool beb! Cakap senang la kan?

– Cuba tengok orang yang lebih susah dari kita tapi dia kuat dan hebat hidupnya. Insya Allah kita akan lebih bersemangat

– Pergila jalan mana-mana

– Ajak orang sebelah berborak

– Pergi hospital

–Ambik smartphone memasing dan buka la internet baca citer menarik dan bermanfaat

– Tulis blog citer la apa-apa pun janji yang baik dan bermanfaat

– Tryla.. kalau menjadi tu alhamdulillah, anda sama macam saya ni..

– Ok, dah sampai no. giliran saya kat Hospital Selayang ni setelah 2 jam menunggu. Jumpa doktor dulu ye..

Tata titi tutu..

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*