Pada Tahun 2019, Anda Wajib Ada Bisnes Online di Shopee

Sila 'share' jika bermanfaat!

Pada Tahun 2019, Anda Wajib Ada Bisnes Online di Shopee

Pada tahun 2019, anda wajib ada bisnes online di Shopee. Lebih 20 tahun yang lalu iaitu ketika era mula-mula internet diperkenalkan di Malaysia, ramai rakyat Malaysia yang masih tak tahu apa kebenda tu internet walaupun komputer dah ada. Yela, benda baru memangla macam tu kan? Saya pun tergolong dalam golongan yang tak tahu tersebut.

Tetapi disebabkan kerajaan ingin membangunkan bidang teknologi maklumat termasuk internet pada masa itu, maka wujud lah kelas-kelas belajar komputer dan internet.

Saya baru belajar dan berjinak-jinak dengan internet pada tahun 1999 tu pun kategori terlewat belajar juga. Zaman tu semasa di kampung, internet boleh access  di Cyber Cafe atau nama glemer nya cc. Tu pun asyik duk main ‘chatting’ di miRC. Hehe. Itu lah yang femes masa tu.

Selepas itu, perlahan-lahan Malaysia mula menunjukkan peningkatan dalam bidang teknologi maklumat terutama perkembangan internet.

Sekitar tahun 2003 hingga 2007 saya baru terbaca dalam majalah tentang internet ni sebenarnya boleh dijadikan sumber pendapatan iaitu dengan cara berniaga di internet.

Pada masa itu lah saya mula mengenali nama usahawan internet Malaysia iaitu Irfan Khairi. Beliau mahir dalam menjana duit melalui internet. Kemudian, muncul juga beberapa lagi usahawan internet lain dengan kaedah yang paling banyak digunakan ialah melalui blog dan website.

Pada tahun 2006 era Facebook mula diperkenalkan sebagai media sosial, masih ramai yang tidak tahu facebook juga menyediakan platform untuk penggunanya menjalankan bisnes online.

Sekitar tahun 2008 hingga 2012 baru lah semakin ramai yang tahu dan mula menjalankan perniagaan di internet terutamanya secara part time. Masa itu juga wujudnya juga beberapa sifu sebagai tenaga pengajar Facebook Ads kepada pengguna Facebook di Malaysia.

Kerana semakin ramai menjalankan bisnes di Facebook, bermula sekitar tahun 2017, bisnes online melalui Facebook ini dilihat sudah semakin ‘tepu’ kerana persaingan semakin banyak dan kos berbayar semakin meningkat dikenakan oleh pihak Facebook. Tak kurang juga syarat dan peraturan Facebook yang semakin ketat.

Hanya peniaga yang memiliki kualiti iklan yang terbaik sahaja akan diberikan harga yang rendah oleh Facebook. Maka semakin ramai lah peniaga online di Facebook yang drop dan down kerana kurang ilmu dan kurang bajet.

Sepanjang tahun 2007 – 2019 ini juga kita dapat lihat beberapa lagi medium perniagaan internet lain yang muncul seperti forum-forum, Mudah.my, Lelong.my, Corousell, kedai online sperti Lazada dan lain-lain lagi.

Jika anda seorang yang serius ingin menjalankan bisnes online, anda perlu follow atau perlu cuba dengan semua saluran tersebut dan mana yang baik serta mendatangkan keuntungan lebih, anda boleh teruskan.

Enam tujuh tahun kebelakangan ini juga Malaysia diperkenalkan dengan kedai online e-dagang paling popular iaitu Lazada.com.my dan mula ‘meletop’ serta diterima ramai sebagai kedai online medium jual beli terbesar di Malaysia.

Walau bagaimanapun pada tahun ini 2019, Lazada mula mendapat saingan yang sengit dan menurut kajian Shopee sudah mengambil alih ‘ranking’ kedai online e-dagang nombor #1 di Vietnam sekarang. Tak mustahil boleh berlaku juga di Malaysia.

Sebab apa?

Kerana penggunanya semakin meningkat walaupun kewujudan Shopee di Malaysia lewat tiga tahun berbanding Lazada. Maka semakin ramai orang yang mula menjalankan bisnes online di Shopee sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

Kesimpulan

Ini adalah sebahagian sahaja contoh perkembangan bisnes online di internet yang dapat anda jalankan. Kebiasaanya sesuatu medium atau saluran baru yang diperkenalkan akan ‘meletop’ dengan ‘kebaboww’ nya pada empat lima tahun pertama kewujudan, tetapi selepas itu ia akan semakin mendapat persaingan.

Dari semua contoh di atas, saya cuma nak tekankan kepada anda bila wujudnya medium atau kaedah baru untuk bisnes di internet, anda perlu ambil peluang dan libatkan diri dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda kerana pengguna atau pembeli akan lebih.

Oleh kerana tahun ini Shopee sedang ‘meletop’ di Malaysia, saya harap anda tidak lepaskan peluang untuk turut serta mempromosikan produk di Shopee. Belajar dan cari lah ilmu yang betul untuk anda mulakan. Sebab itu pada pendapat saya, pada tahun 2019, anda wajib ada bisnes online di Shopee. Mana tahu murah rezeki, sale akan mencanak-canak lepas ni!

Ok kawan, selamat mencuba dan good luck!

P/s: Kalau anda nak belajar ilmu bisnes di Shopee yang lebih terperinci, sila klik gambar di bawah ni..

Pada Tahun 2019, Anda Wajib Ada Bisnes Online di Shopee

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*