Bisnes perkhidmatan katering air balang kenduri

Sila 'share' jika bermanfaat!

CARA BISNES AIR BALANG (2)

Lokasi atau tempat yang biasa peniaga air balang jalankan bisnes mereka antaranya ialah di pasar tani, pekan sehari, pasar malam, down/up town, di hadapan sekolah, tepi jalan, karnival atau event dan paling banyak ialah di bazar ramadan tanpa ramai yang sedar sebenarnya boleh dikembangkan lagi dengan cara bisnes perkhidmatan katering air balang kenduri. Bagi yang bekerja makan gaji, bisnes perkhidmatan ini boleh dilakukan secara part time hanya pada hujung minggu atau cuti umum.

Sahabat saya, penulis ebook Bisnes Air Balang iaitu tuan Mizan Sulaiman merupakan salah seorang peniaga air balang berpengalaman yang telah berkecimpung dalam bisnes air balang lebih 10 tahun yang lalu dan masih kekal sehingga kini tahun 2019. Pada permulaan perniagaan air balang, beliau hanya berniaga di bazar ramadan secara part time. Pagi kerja hakiki dan pada waktu petang pula beliau berniaga air balang yang dibantu oleh isteri beliau.

Kemudian, selepas beberapa tahun berniaga di bazar ramadan, beliau mula kembangkan perniagaan air balang dengan berniaga juga di pasar tani di hujung minggu dan waktunya ada masa pada sebelah pagi dan ada masa di sebelah petang. Salah satu sebab beliau lakukan demikian ialah untuk menambah lokasi perniagaan dan tidak lah hanya pada bulan ramadan setahun sekali sahaja. Dalam bisnes sudah tentu kita nak dapatkan jualan setiap bulan bukan hanya setahun sekali.

Beberapa tahun lepas beliau berjaya mengembangkan lagi kaedah perniagaan bisnes air balang beliau yang juga dijalankan secara part time pada hujung minggu atau cuti umum. Dengan kaedah ini, beliau dapat menambah pendapatan sebanyak 4 angka sebulan. Kaedah ini ialah dengan cara membuat bisnes perkhidmatan katering air balang kenduri sama ada untuk kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, majlis hari jadi, jamuan hari raya dan lain-lain.

Untuk katering air balang ini, beliau menerima tempahan untuk apa-apa majlis yang bersesuaian dan di lokasi yang hanya berdekatan dengan rumah beliau sahaja bagi mengurangkan kos pengangkutan dan masa. Kuantiti tempahan yang beliau terima bermula hanya dari 1 jenis air atau 1 balang sahaja sehingga paling banyak 10 balang atau 10 jenis air.

Saya juga beberapa kali telah menjadi pekerja ‘tambahan’ beliau secara part time untuk beberapa majlis dan jemputan katering air balang yang beliau terima di sekitar Lembah Klang antaranya jamuan kesyukuran dan hari lahir di Semenyih (tempahan 3 balang air), majlis jamuan hari raya aidil fitri syarikat korporat di Cyberjaya (10 balang air), majlis hari lahir cucu vokalis kumpulan Lefthanded iaitu Dato’ Nash dan beberapa lagi majlis kenduri.

Alhamdulillah sepanjang penglibatan tersebut, saya dapat beberapa pengalaman yang sangat berharga antaranya ialah melalui bisnes perkhidmatan katering air balang kita dapat jalankan hanya secara part time di hujung minggu dan waktu cuti umum, dapat kenal ramai orang dan yang paling penting saya dapat upah dan saya tahu bahawa dengan cara ini terbukti beliau dapat menambahkan lagi pendapatan sampingan juga dengan bisnes yang sama iaitu bisnes air balang. Saya yang dapat upah ni pun dah tersenyum lebar kerana dapat pendapatan tambahan, bagaimana kalau anda sendiri yang jalankan bisnes ini sama seperti beliau? J

Berita baiknya, pada tahun ini 2019 beliau telah kemas kini ebook panduan Bisnes Air Balang yang ditulis oleh beliau untuk dikongsikan kepada anda yang berminat dengan memasukkan teknik khas cara menjalankan bisnes perkhidmatan katering air balang kenduri berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Jadi, bagi anda yang ingin mencuba perniagaan ini boleh dapatkan panduan tersebut DI SINI. InshaAllah jika baca dan faham betul-betul perkongsian dalam ebook tersebut, anda akan dapat tahu kaedah atau cara untuk jalankan bisnes katering air balang walaupun hanya secara part time.

Semoga anda dipermudahkan segala urusan yang baik, aamiin. Good luck kawan!

CARA BISNES AIR BALANG (2)

 

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*