Perniagaan bakeri masih sesuai sebagai bisnes dari rumah 2019 yang mudah dan menguntungkan

Sila 'share' jika bermanfaat!

Perniagaan bakeri masih sesuai sebagai bisnes dari rumah 2019 yang mudah dan menguntungkan kerana permintaan produk bakeri seperti bun roti, kek dan lain-lain dilihat masih ada malah semakin meningkat sehingga ke hari ini.

Kalau perhatikan jiran-jiran dan penduduk setempat dengan kita, begitu juga di media sosial apabila tiba hari ulang tahun kelahiran sahaja, mesti ada kek hari jadi atau hari lahir. So, kek menjadi permintaan yang saya anggap sebagai permintaan wajib bagi 80% rakyat di Malaysia untuk menyambut hari lahir. Itu baru kek hari lahir! Belum lagi muffin cake yang kecil-kecil comel-comel tu!

Perniagaan bakeri yang dibuat di rumah ada banyak kelebihan dan keistimewaan tersendiri di antaranya:

 

#1 Permintaan tinggi

Seperti yang telah saya sebutkan di atas, permintaan produk bakeri ini masih tinggi walaupun pada tahun 2019. Sasarannya ialah dewasa dan kanak-kanak. Ada yang menggunakan kek untuk sambut hari lahir, hari kesyukuran anak-anak, kenduri kahwin, selingan aktiviti di sekolah, dewan orang ramai dan sebagainya.

 

#2 Tak perlu sewa kedai

Antara perkara utama yang diambil kira dalam sesebuah perniagaan ialah kurang kos dan tinggi keuntungan. Jika anda berniaga hanya di rumah, anda sudah jimat untuk kos sewa kedai yang biasanya mencecah beribu ringgit sebulan. Jadi, sebagai permulaan, walaupun anda berniaga tanpa kedai tetapi hanya di rumah, anda jangan rasa bisnes anda itu low class atau bisnes yang biasa-biasa sahaja kerana yang penting berapa keuntungan yang anda boleh dapat.

 

#3 Kos rendah

Perniagaan bakeri masih sesuai sebagai bisnes dari rumah 2019 yang mudah dan menguntungkan kerana antara sebab lain ialah kos yang rendah. Mungkin kos membeli peralatan permulaan sahaja memerlukan modal yang lebih. Itupun modal yang mahal sikit ialah mesin pembancuh tepung juga dipanggil mixer dan oven. Tetapi sebagai permulaan anda boleh dapatkan mixer dan oven yang kecil dan harga rendah. Bila perniagaan bakeri anda nampak hasilnya nanti, boleh dapatkan peralatan yang lebih mahal dan besar kerana ia dapat meningkatkan jumlah produk anda.

 

#4 Pemasaran dan promosi di internet

Dengan teknologi moden zaman sekarang, anda berniaga apa pun pasti ramai pelanggan dan ramai orang akan beli. Kebanyakkannya orang berniaga secara online di internet kerana dapat kurangkan kos yang banyak dan dapat meningkatkan keuntungan. Anda boleh berniaga hanya di rumah, yang penting ada smartphone atau komputer. Ada smartphone sebijik pun sudah cukup! 🙂 Anda terus sudah boleh buat pemasaran, promosi dan iklan di internet sama ada melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

 

#5 Sesuai untuk suri rumah

Jika anda seorang suri rumah, disamping kerja rumah sedia ada, anda boleh jadikan bisnes bakeri ini sebagai sumber pendapatan anda kerana walaupun sibuk dengan kerja rumah, sebenarnya anda mempunyai masa sampingan untuk berniaga. Ini adalah perkara yang sangat dicemburui oleh pekerja makan gaji yang ada minat untuk bisnes. Mereka kekurangan masa untuk bisnes secara sambilan.

 

Kesimpulannya, jika anda ada minat atau bakat dalam bisnes bakeri, jangan tunggu lama-lama. Mulakan segera kerana kalau tidak bermula sekarang, sampai bila-bila pun anda tak akan nampak hasil dan cabarannya. Lebih rugi jika anda sudah ada bakat atau kemahiran dalam produk bakeri seperti pandai membuat kek, lagi bertambah rugi kalau lambat bermula.

Bagi anda yang nak belajar pula, keluarkan lah sedikit modal untuk ilmu dahulu. Belajar perkara-perkara berkaitan bakeri yang sesuai dan betul untuk anda mulakan bisnes bakeri dari rumah dengan cara dapatkan panduannya DI SINI. Seperti yang saya katakan pada permulaan tadi, perniagaan bakeri masih sesuai sebagai bisnes dari rumah 2019 yang mudah dan menguntungkan. Yang penting anda mesti cuba, berusaha dan bertawakkal.

Good luck kawan!

 

 

 

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*