Warkah Kekanda Buat Adinda Sempena Tahun 2019

Sila 'share' jika bermanfaat!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sekarang sudah masuk tahun baharu 2019.

Apa khabar adinda di sana? Harap-harap sihat walafiat seperti kekanda di sini. Warkah ini kekanda coretkan ketika dalam perjalanan dari dunia menuju ke akhirat.

Adinda, kalau mata masih boleh membaca artikel ini walaupun kabur, telinga masih boleh mendengar bacaan al-Quran atau layan lagu, tangan masih boleh pegang laptop, pc atau smartphone yang canggih-manggih tu, kaki masih boleh berjalan atau main futsal, mulut masih boleh berzikir atau membawang.

Kalau tekak adinda tu masih boleh teguk teh o ais di waktu kerja semasa ‘mengulau’, kalau usus tu masih boleh terima makanan yang berdozen-dozen, kalau sakit perut masih boleh ke toilet dengan sendiri untuk memerut, kalau hidung masih boleh bezakan bau minyak wangi atau bau minyak sapi dan paling nikmat… kalau otak tu masih boleh berfikir.

Alhamdulillah itu tandanya adinda masih sihat walafiat. Bersyukur lah adinda!

itu cerita bab kesihatan tubuh badan. Bagaimana dengan kesihatan kewangan adinda?

Cuba check kewangan tahun 2018 adinda sekarang!  

  • Berapa ada dalam tabung duit ‘syiling’ di rumah?
  • Berapa ada dalam tabung warna di rumah?
  • Berapa simpanan yang ada dalam akaun ASB atau Tabung Haji?
  • Simpanan untuk isteri ada berapa?
  • Simpanan anak pertama ada berapa?
  • Simpanan anak kedua ada berapa?
  • Simpanan anak ketiga ada berapa?
  • Simpanan anak ke… ada berapa?
  • Berapa duit baki dalam poket yang ada?
  • Dan seterusnya..

Kalau ada, alhamdulillah dan cuba tambah jumlahnya pada tahun 2019 ini ye.

Kalau tak ada masyaAllah, itu bahaya adinda!


Jika Hidup Penuh Dengan Alasan

Walaupun selama ini pendapatan bulanan kita sesak, katanya ada masalah keluarga, gaji tak cukup makan, hutang lebih banyak dari gaji, kawan-kawan asyik tuntut hutang tiap-tiap bulan, gaji bersih dalam payslip tinggal RM100 sebulan.

Kerja sendiri bukan kerja gomen, tak boleh menyimpan sebab duit tak banyak, kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, anak-anak ramai, sakit tenat selalu ulang-alik ke hospital.

Dah berniaga part time tapi rugi, kalau untung pun tak banyak mana, pernah kena tipu dalam berniaga dan macam-macam lagi.

Walau apa pun alasan, apa kata bermula tahun 2019 ini adinda cuba menyimpan walaupun sikit ye adinda.

Lontarkan semua alasan di atas ke planet Pluto biar dia bersemadi aman di sana tanpa mengganggu kita.


.

Tunggu Ekonomi Stabil dan Duit Banyak Baru Lah Menyimpan!

Cer bagi sasaran atau target adinda, bila agaknya ekonomi peribadi adinda nak stabil? Start menyimpan dari sekarang, inshaAllah nanti ekonomi peribadi adinda akan stabil.

Cer citer kepada kekanda, bila duit adinda nak banyak? Mulakan menyimpan dari sekarang, inshaAllah nanti duit adinda akan banyak.


Kita Sama dan Serupa

Adinda, kekanda tahu kewangan peribadi adinda masih tidak stabil, gaji bersih bulanan adinda tidak lah terlalu banyak, sebab itu semua alasan negetif di atas ada dalam kepala otak adinda selama ini, kan?

Kekanda pun sama seperti adinda. Kewangan peribadi tidak lah stabil mana, pendapatan bersih pun tak seberapa, hutang dengan kawan tak clear-clear, apatah lagi hutang dalam ‘slip gaji’, lagi dashat der!

Kekanda kerja gomen tapi kerja macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Pernah merasa rugi dan pernah kena tipu dalam berniaga tapi bezanya kekanda bukan terjebak dalam skim cepat kaya atau seumpamanya. Berhati-hati lah dengan dunia ye adinda! Tapi kalau adinda pernah terjebak juga tidak mengapa, jadikan ia sebagai pengajaran meredah hidup seterusnya.


Sakit Mata Jer!

Kekanda juga pernah sakit, adinda. Sakit mata jer.. (kata sesetengah kawan kekanda) Tapi sakit mata kekanda menyebabkan rosak saraf mata. Terpaksa menjalani pembedahan sebanyak tujuh kali sepanjang tujuh tahun, adinda.

Pernah merasa menjadi buta kedua-dua belah mata walaupun sekarang hanya buta sebelah mata. Alhamdulillah syukur nikmat tak terhingga.

Tahukah adinda, berapa perbelanjaan rawatan dan perbelanjaan pengorbanan kekanda sepanjang menempuh tahun-tahun tersebut? Tak tahu kan? Yela, mana kekanda pernah cerita dan tak akan cerita kepada sesiapa angka sebenarnya. Kak Siti pernah berkata kepada kekanda, “Biar Lah Rahsia” kekanda follow jer.

Apa saje alasan yang ada dalam otak adinda tu, rasanya semua juga ada dalam kepala otak kekanda ini.

Tapi semua itu bukan penyebab kekanda tidak pernah menyimpan atau menabung. Kekanda dan isteri pertama kekanda setia menyimpan. Yang beza hanya lah pada jumlahnya. Ada bulan simpan sikit, ada bulan simpan banyak dan yang paling banyak ialah sikit. Peace yow…

Tapi kan adinda, setiap akhir tahun kekanda tengok dalam akaun ASB, Tabung Haji dan tabung ‘syiling’ tetap ada duit juga walaupun kadang-kadang tak banyak mana.

Alhamdulillah ada juga daripada tak ada langsung, tapi mimpi menggunung, Tak gitu adinda?


Cadangan Kekanda Untuk Kita Bersama

Adinda, bermula tahun 2019 ini, pasang lah azam dan bina semangat baharu dalam pengurusan kewangan ye. Mulakan menyimpan atau menabung walau banyak atau sedikit mana pun pendapatan bulanan adinda.

Jika rasa pendapatan bulanan adinda tak banyak, cubalah menyimpan sikit-sikit seperti mana kekanda juga pernah lakukan.

Adinda, sebagai tanda cinta dan sayang kekanda kepada kesihatan kewangan adinda, kekanda ada beberapa cadangan bagi memulakan rawatan terhadap kesihatan kewangan kita.

Cara ini adalah sesuai untuk golongan marhain yang pendapatan bulanan dan baki gaji bersihnya tak seberapa sama seperti kekanda.

Sebagai memberi galakan, semangat dan keseronokan dalam aktiviti ini, kekanda telah berikan nama-nama yang indah kepada teknik ini.

Namanya ialah…

Simpanan Ciput


 

Ada #4 jenis Simpanan Ciput;

#1 Tabung Seposen

Tabung Seposen adalah tabung simpanan sampingan.

Lokasi: Di rumah

Sumber: Mana-mana duit sepuluh sen yang ada (milik sendiri bukan jiran punya ye adinda)

Cara-cara;

  • Wujudkan satu tabung khas untuk simpan duit ‘syiling’ seposen adinda
  • Terbaik, cari bekas yang tak nampak isi dalamnya dan susah nak buka. Contohnya tong gas, alat pemadam api, balang Lemonex, buluh perindu, peti besi berpalang (buang kunci), helmet full face dan ikut suka adinda lah, janji boleh buat tabung!

# Dapat je duit syiling seposen, adinda jangan belanjakan tapi masukkan dalam tabung seposen tersebut.

# Ingat adinda, jika terjumpa duit seposen dalam rumah, dalam beg duit, di celah sofa, di sinki toilet, dalam kereta atau dalam kasut kerja, itu bukan duit adinda, tapi itu Tabung Seposen yang punya!


..

.

#2 Tabung Pluto

Kekanda namakan Tabung Pluto kerana bila dah simpan anggap lah ia susah nak ambil. Jangan ambil tau, jauh tu..

Lokasi: Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH)

Sumber:

  • Pendapatan bulanan seperti gaji, bonus, claim, upah dan lain-lain
  • Gaji/upah melalui kerja sendiri atau kerja part time

Jumlah: Jika mampu sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanan tersebut. Jika tak mampu mulakan dengan lebih rendah sama ada 5%, 3% atau 1%

*kerja part time tu sama ada kerja lain seperti di kedai makan pada sebelah malam atau gaji/upah daripada bisnes part time sendiri.

**Ingat adinda, kalau ada bisnes part time jangan lupa ambil gaji untuk diri sendiri walaupun sikit ye. Jangan tunggu untung je.

Cara-cara;

  • Buka akaun ASB atau TH
  • Setiap bulan, masukkan 10% atau lain-lain pilihan % dari pendapatan adinda selepas tolak zakat pendapatan.
  • Adinda boleh masukkan sama ada melalui transfer online dari Maybank, melalui potongan auto debit atau potongan gaji.
  • Semua cara-cara nak buat tu adinda boleh tanya petugas di kaunter ye, kekanda tak kuasa nak cerita semua.
  • Jika menggunakan transfer online melalui Maybank2u, caj RM1 akan dikenakan oleh Maybank. Adinda jangan berkira dan kedekut sangat der!

Contoh:

Pekerja makan gaji / ada slip gaji

Anggaran peratus simpanan: 3%

Baki bersih dalam slip gaji: RM500

Gaji atau upah dari bisnes part time sendiri: RM50

Jumlah pendapatan: RM550

Tolak zakat pendapatan (2.5%) = RM13.75

Baki bersih: RM536.25

> RM536.25 x 3% = RM16.10 sebulan (Tabung Pluto)

*Transfer ke dalam Tabung Pluto RM16 tiap-tiap bulan. Sekurang-kurangnya ada simpanan juga adinda.

**Untuk kira dan tanya lebih tepat berkaitan zakat, adinda boleh lah rujuk Pusat Pungutan Zakat terdekat ataupun tengok website jer.

***Kekanda cuma membantu dan memberi galakkan supaya zakat dikeluarkan juga tak kira lah berapa pendapatan adinda. 

Jika adinda bekerja sendiri yang tiada ‘slip gaji’, adinda perlu catatkan setiap gaji/upah yang diterima dan buat simpanan mengikut kiraan yang sama seperti di atas.


Zakat

Zakat itu pula nilainya kecil sahaja berbanding saiz berkat yang ada padanya.

Asingkan dan simpan dulu duit zakat tersebut dalam envelop atau angpau. Cukup setahun hujung bulan Disember, adinda pergi lah ke Pusat Zakat untuk membayarnya.

Atau pun adinda boleh bayar terus setiap bulan tak yah pening kepala. Sekarang senang, boleh online je.


#3 Tabung Shantik

Tabung ini adalah khas untuk isteri tershinta.

Lokasi: Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH)

Sumber: Pendapatan bulanan adinda

Cara-cara;

  • Buka akaun ASB atau TH untuk isteri
  • Dari pendapatan adinda setiap bulan selepas tolak zakat pendapatan, masukkan jumlah tertentu yang mampu contohnya  RM50, RM30, RM10 atau RM5 kepada isteri tershinta walaupun dia sudah berkerjaya
  • Bayar sama ada melalui transfer online dari Maybank, melalui potongan auto debit atau potongan gaji.

Macam mana cara nak buat tu adinda boleh tanya petugas di kaunter ye, kekanda dah cakap tadi, tak kuasa nak cerita semua.


#4 Tabung Junior

Tabung Junior ni ialah tabung simpanan untuk anak-anak.

Lokasi: Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH)

Sumber:

  • Pendapatan bulanan daripada mak bapak anak tu. Siapa lagi, duit adinda lah tu!
  • Duit hadiah yang orang bagi kat anak.

Jangan rembat duit anak ye adinda. Kalau yang dah lepas tu tak apa lah, nanti adinda ganti semula.

Cara-cara;

  • Buka akaun ASB atau TH untuk anak.
  • Dari pendapatan adinda setiap bulan selepas tolak zakat pendapatan, masukkan jumlah tertentu yang mampu contohnya  RM50, RM30, RM10, RM5 atau RM1 untuk setiap seorang anak.
  • Bayar sama ada melalui transfer online dari Maybank, melalui potongan auto debit atau potongan gaji.

Macam mana cara nak buat tu adinda boleh tanya petugas di kaunter ye, kekanda dah cakap dua kali, tak kuasa nak cerita semua.

.


.

Simpan Sikit Bila Nak Kaya?

Walaupun jumlahnya nampak sikit tetapi tetap ada simpanan adinda.

Menyimpan sikit-sikit ni, kalau bulan pertama rasa macam… “bila nak kaya?”

Tapi bila hujung tahun je rasa macam… “eh, ada duit juga.. walaupun tak kaya”

Jika umur panjang, selepas 20 tahun tanpa disedari akan terasa pula.. “eh, banyak lah juga, rasa macam orang kaya pula”.


Berjuang Bersama

Oh adinda, Kekanda juga akan turut bersama adinda dalam merealisasikan Simpanan Ciput ini dan kita cuba lah konsisten atau istiqomah dalam perjuangan ini hingga ketitisan air liur yang terakhir. InshaAllah.


Zaman Serba Pantas!

Kekanda masih teringat kata-kata Uncle M.Nasir dalam lirik lagu Seragam Hitam, nyanyian kumpulan Kristal.

“Zaman ini serba pantas, lambat sikit kita kan dipintas..”

Walaupun lagu ini hot zaman kekanda budak hingusan dulu ketika rambut sikat tengah, tetapi sekarang baru kekanda terasa ‘pekdah’ nya lirik lagu ini. Dah jadi bapak budak dah pun, tapi tak pe, masih belum terlambat.

Itu zaman dulu dah pantas, apa tah lagi zaman sekarang adinda, serius, pantas gillerr!


Lambat Tinggal!

Adinda, kalau masih banyak alasan dan negetive thinking dalam kepala otak adinda untuk tak nak menyimpan atau menabung, terpulang lah pada adinda.. kekanda tak boleh buat apa-apa.

Kekanda cuma memberi nasihat yang mungkin nampak tak berguna kerana suatu masa dulu kekanda pernah dianggap jantan tak guna.

Tapi percaya lah adinda, walaupun nampak tak berguna, kekanda ni ada juga gunanya tapi bukan untuk diperguna.

Jika tak mulakan sekarang, 10 tahun lagi mungkin adinda masih sama seperti sekarang. Kalau sekarang adinda rasa miskin, 10 tahun akan datang pun, mungkin tetap miskin. Masa itu baru adinda merasa.


Sebagai penutup warkah romantika ini, kekanda hadiah kan sebuah lagu kepada adinda. Dengar lah Abang Azlan melalak ye!

Selamat berjuang adinda! Lambat tinggal! Tata…

.

*Adinda = anda 

Sila 'share' jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*